Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Ray-Ban Display Dilancarkan Dengan Skrin Terbina, Gelang EMG

Meta Ray-Ban Display Dilancarkan Dengan Skrin Terbina, Gelang EMG

Diterbitkan September 18, 2025 · Dikemas kini September 18, 2025 oleh Amalina Athman

Meta kini memperkenalkan model terbaharu cermin mata pintar dengan skrin terbina, dikenali sebagai Meta Ray-Ban Display.

Meta Ray-Ban Display_4

Menurut Meta, ia merupakan produk pertama yang menggabungkan mikrofon, pembesar suara, kamera dan skrin berwarna penuh dengan sokongan pemprosesan dan AI.

Cermin mata ini menampilkan skrin monokular terbina pada lensa kanan dengan resolusi 600×600, kadar segar semula sehingga 90Hz serta kecerahan antara 30-5000 nit.

Melaluinya, pengguna boleh membaca mesej, menjawab panggilan video, mendapatkan panduan arah peta, melihat hasil carian daripada Meta AI, menterjemah, mengawal muzik, serta melihat foto dan pandangan kamera terus di skrin.

Meta Ray-Ban Display_2

Bahagian kameranya hadir dengan sensor ultra-lebar 12MP, menyokong rakaman video 1440×1920 piksel pada 30fps dan sehingga 3x zum digital. Sistem audio pula menggunakan dua pembesar suara open-ear bersama enam mikrofon terbina.

Dari segi bateri, cermin mata ini dilengkapi kapasiti 248mAh yang mampu bertahan sehingga 6 jam penggunaan bercampur dengan sekali cas. Jika digunakan bersama kotak pengecas, ia boleh mencecah sehingga 30 jam.

Cermin mata ini turut menawarkan 32GB storan dalaman dengan 2GB RAM LPDDR4x, serta menyokong Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3 untuk cermin mata dan Bluetooth 5.2 bagi Meta Neural Band.

Meta Ray-Ban Display_5

Menariknya, setiap pasang cermin mata disertakan Meta Neural Band, gelang EMG (elektromiografi) yang mampu menukar isyarat daripada aktiviti otot pengguna kepada arahan untuk cermin mata. Dengan hanya pergerakan halus jari atau tangan, pengguna boleh mengawal pelbagai fungsi tanpa perlu menyentuh bingkai atau telefon.

Meta Ray-Ban Display_02
Meta Ray-Ban Display_01
Meta Ray-Ban Display_8
Meta Ray-Ban Display_9

Meta Ray-Ban Display hadir dalam pilihan warna Sand dan Black, dengan harga bermula $799 (~RM3,351). Ia akan mula dijual pada 30 September di beberapa kedai fizikal terpilih di Amerika Syarikat, sebelum diperluaskan ke Kanada, Perancis, Itali dan UK pada awal 2026.

Berkaitan

  • Oakley Meta Dilancar - Rakaman 3K, AI Terbina, Bateri Tahan Lama
  • Meta Quest 3S Xbox Edition Kini Rasmi – Hadir Dengan Aksesori Eksklusif & Game Pass
  • Meta Bangunkan Alat Seakan Jam Tangan Untuk Menaip Dengan Isyarat Tangan
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY