Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meta quest 3S Xbox Edition

Meta Quest 3S Xbox Edition Kini Rasmi – Hadir Dengan Aksesori Eksklusif & Game Pass

Diterbitkan Jun 25, 2025 · Dikemas kini Jun 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Meta dan Xbox hari ini melancarkan secara rasmi Meta Quest 3S Xbox Edition, satu edisi terhad yang menandakan kerjasama antara kedua-dua jenama dalam memperluas pengalaman permainan melalui Xbox Cloud Gaming (Beta).

Ditawarkan pada harga $399.99 (~RM1,694), pakej ini menampilkan Meta Quest 3S edisi khas 128GB dalam warna ikonik Xbox: Carbon Black dengan kemasan warna Velocity Green, lengkap bersama Touch Plus controllers, Xbox controller edisi terhad, Elite Strap, dan langganan Xbox Game Pass Ultimate selama tiga bulan.

meta quest 3S Xbox Edition
meta quest 3S Xbox Edition
meta quest 3S Xbox Edition

Meta Quest 3S Xbox Edition membolehkan pengguna strim ratusan permainan Xbox melalui aplikasi Xbox dan bermain pada paparan maya bersaiz sehingga 26 kaki (312 inci). Pengguna hanya memerlukan sambungan Wi-Fi dan set kepala, tanpa perlu konsol fizikal.

Edisi ini menggunakan cip Snapdragon XR2 Gen 2 dengan prestasi tinggi, serta menyokong fungsi Passthrough berwarna penuh untuk pengalaman campuran realiti dan maya yang lebih lancar.

Ia kini boleh didapati melalui laman rasmi Meta, Best Buy (AS), dan Argos serta EE (UK).

Meta menyifatkan edisi khas ini sebagai simbol kerjasama erat dengan Xbox dan peluang untuk lebih ramai pengguna merasai pengalaman permainan generasi baharu melalui teknologi realiti maya dan penstriman awan.

Berkaitan

  • Pengalaman Awal Guna Play For Dream MR, Ada Potensi Lawan Apple Vision Pro
  • (Ulasan) Pico 4 Ultra - Realiti Maya Yang Makin Real
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY