Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rapid KL Mechamato_

Rapid KL Lancar Tren, Bas Dengan Tema Mechamato – Berpeluang Tebus MechaTrain

Diterbitkan Januari 9, 2025 · Dikemas kini Januari 9, 2025 oleh Amalina Athman

Rapid KL melancarkan tren dan bas bertemakan ikon superhero Malaysia, Mechamato sebagai inisiatif terbaru untuk menarik minat generasi muda terhadap ikon budaya pop tempatan sambil merancakkan penggunaan pengangkutan awam.

Dalam kenyataan hari ini, CEO Rapid Rail (LRT) Nor Azmi Mohd Yusuf berkata pelancaran tren dan bas pertama bertema Mechamato tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjadikan pengangkutan awam lebih kreatif dan menarik kepada generasi muda.

Menerusi kolaborasi ini, sebanyak tiga buah tren dan tiga buah bas dibalut dengan pelekat bertemakan Mechamato.

Rapid KL Mechamato_2
Rapid KL Mechamato_3

Serentak dengan pelancaran ini, Rapid KL juga menganjurkan aktiviti Ride & Catch: Robot Hunt with Mechamato bermula 7 Januari sehingga 31 Mei 2025.

Rapid KL Mechamato_5

Pengguna Rapid KL yang membeli pas harian MyCity boleh mendapatkan pasport ‘stamp-rally’ khas di stesen terpilih. Dengan mengumpul sekurang-kurangnya 12 cop dari 15 stesen, pengguna berpeluang menebus hadiah eksklusif MechaTrain.

Rapid KL Mechamato_4

Selain itu, sesi bertemu peminat bersama Mechamato di stesen terpilih juga bakal berlangsung sepanjang Januari hingga Mei 2025, dengan tarikh dan lokasi akan dimaklumkan menerusi platform media sosial Rapid KL.

Bagi mengetahui selanjutnya mengenai kempen ini, layari laman web rasmi Rapid KL.

Berkaitan

  • Rapid KL Naikkan Harga Pas MyCity 1 Hari, Pas MyCity Bukan Warganegara Diperkenalkan Semula
  • Rapid KL Perkenal Pas MyCity 2 Hari
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Pengguna KTM Komuter Utara Boleh Nikmati Diskaun 10% Dengan Kad MyDebit

Sumber: Rapid KL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY