Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pas Mingguan, Bulanan KTM Komuter Utara Ditukar Kepada Kad Komuter Link

Pengguna KTM Komuter Utara Boleh Nikmati Diskaun 10% Dengan Kad MyDebit

Diterbitkan Januari 6, 2025 ยท Dikemas kini Januari 6, 2025 oleh Amalina Athman

Pengguna kini boleh menikmati diskaun tambang sebanyak 10% apabila menaiki KTM Komuter Utara dengan membuat pembayaran menggunakan kad MyDebit di pintu kawalan automatik (ACG).

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan pemberian diskaun bagi tambang penuh tiket Dewasa itu hanya sah dari 16 Disember 2024 hingga 31 Januari 2025, atau sehingga kuota diskaun habis digunakan.

Untuk menikmati tawaran diskaun, pengguna hanya perlu menyentuh kad MyDebit (tidak perlu beli tiket fizikal) di mesin ACG dan melengkapkan transaksi perjalanan menggunakan kad debit yang sama.

KTMB_debit 2

Walaupun begitu, perlu diketahui bahawa diskaun tidak terpakai kepada pengguna dompet digital seperti SamsungPay, ApplePay, GooglePay atau lain-lain dompet digital.

Seperti dilaporkan sebelum ini, KTMB juga akan mengenakan Nilai Pegangan Sementara (Pre-Authorization) kad debit untuk memastikan terdapat dana yang mencukupi sebelum akses ke platform.

Jumlah nilai pegangan sementara adalah sebanyak RM30 bagi setiap transaksi lengkap, dengan baki tersebut akan dipulangkan semula dalam tempoh 1-7 hari selepas penggunaan (bergantung kepada polisi bank masing-masing).

Berkaitan

  • KTM Komuter Kini Sokong Pembayaran Kad Debit, Ketahui Ini Sebelum Guna
  • KTMB Beralih Ke Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Sepenuhnya Mulai 1 Januari 2025
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Pas Mingguan, Bulanan KTM Komuter Utara Ditukar Kepada Kad Komuter Link

Sumber: Keretapi Tanah Melayu Berhad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY