Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rapid KL

Rapid KL Perkenal Pas MyCity 2 Hari

Diterbitkan Julai 15, 2024 · Dikemas kini Julai 15, 2024 oleh Amalina Athman

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL memperkenalkan pakej tambahan iaitu Pas MyCity 2 Hari.

Dengan pas ini, pengguna boleh menikmati perjalanan harian tanpa had di semua laluan rel dan bas Rapid KL, untuk tempoh sah selama dua hari.

Ia dijual pada harga RM11 untuk rakyat Malaysia dan RM18 bagi bukan warganegara. Sementara itu, Pas MyCity sedia ada selama satu dan tiga hari masing-masing berharga RM6 dan RM15 bagi warganegara serta RM10 dan RM25 untuk warga asing.

Pas Rapid KL 2 Hari

Harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk harga kad Touch ‘n Go dan nilai minima dompet yang ditetapkan.

Pas ini boleh didapati di Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di semua stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Transit Aliran Bas (BRT) atau di hab bas terpilih dan secara dalam talian menerusi aplikasi MyRapid PULSE atau MyRapid Shop.

Pas Rapid KL Buy1 Free 1

Dalam pada itu, Rapid KL turut melancarkan kempen ‘Beli 1 Percuma 1’ untuk MyCity bagi pembelian pas dua hari dan tiga hari melalui aplikasi MyRapid PULSE. Ia terhad kepada 200 penebusan terawal dan terbuka kepada semua, sama ada rakyat Malaysia atau bukan warganegara.

Untuk butiran lanjut, layari laman rasmi Rapid KL.

Berkaitan

  • Rapid KL Naikkan Harga Pas MyCity 1 Hari, Pas MyCity Bukan Warganegara Diperkenalkan Semula
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: Rapid KL (1, 2)

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY