Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prasarana Perkenal Pas OKU Smile Untuk Perjalanan Percuma

Rapid KL Naikkan Harga Pas MyCity 1 Hari, Pas MyCity Bukan Warganegara Diperkenalkan Semula

Diterbitkan Mac 8, 2024 · Dikemas kini Mac 8, 2024 oleh ariff bukhari

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan, harga perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL Pas MyCity 1 hari diselaraskan bermula 8 Mac 2024.

Pelarasan itu menyaksikan harga bagi Rapid KL Pas MyCity 1 hari mengalami kenaikan harga sebanyak RM1, menjadikannya kini ia berharga RM6.

Pas perjalanan tersebut membolehkan pengguna pengangkutan awam untuk ke mana-mana lokasi di Lembah Klang menggunakan kesemua perkhidmatan LRT, MRT, Monorail, BRT, Rapid Bus dan bas perantara LRT dan MRT tanpa mengira lokasi dan jumlah hentian, menerusi penggunaan kad Touch ‘n Go.

Walaubagaimanapun, harga bagi Pas MyCity 3 hari tidak berubah. Juga diumumkan adalah Pas MyCity bagi pengguna bukan warganegara Malaysia kini diperkenalkan semula.

harga Pas MyCity

Rapid KL menjelaskan, pelarasan itu seiring dengan peluasan jajaran rel di Lembah Klang dengan pembukaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sepenuhnya pada tahun lalu serta pembukaan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam pada awal tahun hadapan.

Pas “MyCity” boleh dibeli di atas talian menerusi aplikasi MyRapid PULSE (Android) (iOS) dan di semua Kaunter Khidmat Pelanggan LRT, MRT, Monorel, BRT atau di hab bas terpilih.

Berkaitan

  • Maxis Perkenal Pelan 5G Home WiFi Baharu Laju Seperti 'Fibre', Harga Bermula RM69
  • Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Di Seluruh Negeri Untuk Tahun 2024
  • Sistem mySIKAP JPJ Akan Tergendala Sementara Pada 9-10 Mac

Sumber: MyRapid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY