Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ramai Pengguna Tak Berpuas Hati Dengan Apple Intelligence, Galaxy AI – Kajian

Posted on Disember 17, 2024Disember 17, 2024

Kajian tinjauan terbaru menunjukkan bahawa pengguna telefon pintar secara umum tidak berpuas hati dengan ciri kecerdasan buatan (AI) pada Apple Intelligence dan Galaxy AI.

Kebanyakan pengguna telefon pintar, secara keseluruhannya, nampaknya tidak berpuas hati dengan ciri AI sedia ada, dengan 73% pengguna Apple Intelligence dan 87% pengguna Galaxy AI menunjukkan ia ‘tidak begitu berharga’ atau ‘memberikan sedikit atau hampir tiada nilai langsung’ kepada pengalaman telefon pintar mereka. – SellCell

Walau bagaimanapun, pengguna iPhone masih menganggap AI sebagai faktor penting dalam membuat keputusan pembelian, dengan 47.6% menyatakan ia sangat atau agak penting. Satu daripada enam pengguna Apple Intelligence (16.8%) akan pertimbangkan untuk beralih ke Samsung jika ciri Galaxy AI jauh lebih baik.

Di sisi yang lain, pengguna Samsung nampaknya kurang berminat dengan ciri AI, yang mana hanya 23.7% menganggap AI sebagai faktor penting dalam keputusan pembelian.

Sementara 9.7% pengguna Samsung akan mempertimbangkan untuk beralih ke Apple jika ciri AI Apple jauh lebih baik, manakala 67.2% lebih memilih untuk kekal dengan jenama Samsung.

Selain itu, kajian juga menunjukkan majoriti pengguna telefon pintar tidak bersedia untuk membayar perkhidmatan AI. Masing-masing hanya 11.6% dan 4% pengguna Apple dan Samsung menyatakan kesediaan untuk melanggan ciri tersebut.

Tinjauan ini dijalankan pada 28 November hingga 6 Disember 2024, melibatkan lebih 2,000 peserta berusia 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat, terdiri daripada pengguna ‌iPhone‌ dan Samsung Galaxy yang mempunyai sokongan ciri AI.

{suggest}

Sumber: SellCell

Gambar utama: Tom’s Guide

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress