Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teo Nie Ching 22 Oktober 2025_2

MCMC Cadang Hadkan Dua Kad SIM Prabayar Setiap Telco – Teo

Diterbitkan Oktober 22, 2025 · Dikemas kini Oktober 22, 2025 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini menjalankan siasatan awam, termasuk cadangan untuk mengehadkan pendaftaran dua kad SIM prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi (telco) untuk warganegara Malaysia.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata langkah itu bertujuan mengetatkan garis panduan pendaftaran kad SIM.

Untuk rekod, berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan sejak 2017, setiap individu boleh mendaftar sehingga lima kad SIM prabayar bagi setiap telco.

“Jadi sekarang MCMC sedang buat public enquiry (siasatan awam) di mana kita nak cadangkan bahawa untuk setiap warganegara malaysia, dua kad SIM prabayar bagi setiap telco. Kalau mereka merupakan warga asing, jadi mereka hanya dibenarkan daftar maksimum dua kad SIM prabayar tanpa mengira telco,” katanya di Parlimen hari ini.

Beliau menambah, penambahbaikan garis panduan ini akan membantu mengurangkan penyalahgunaan kad SIM prabayar, termasuk untuk pendaftaran akaun media sosial palsu, penipuan, ugutan dan aktiviti tidak sah lain.

Ketika ini, siasatan awam berhubung cadangan Standard Mandatori untuk Pendaftaran Pengguna Perkhidmatan Selular Awam Prabayar akan dijalankan sehingga 28 November, dengan garis panduan baharu dijangka dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

Berkaitan

  • MCMC Kesan Ratusan Lokasi Gagal Patuh Piawaian Internet
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • MCMC Laksana Siasatan Awam Bagi Standard Baharu Pendaftaran Pengguna Prabayar
  • Malaysia Bakal Wajibkan Platform Media Sosial Laksana Had Umur Pengguna - Fahmi
  • Kerajaan Cadang Naikkan Had Umur Pengguna Media Sosial Kepada 16 Tahun - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY