Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm SD 6 Gen 5 , 4 Gen 5

Qualcomm Umum Snapdragon 6 Gen 5, Snapdragon 4 Gen 5

Diterbitkan Mei 8, 2026 ยท Dikemas kini Mei 8, 2026 oleh Amalina Athman

Qualcomm kini memperkenalkan Snapdragon 6 Gen 5 dan Snapdragon 4 Gen 5 untuk peranti kelas pertengahan dan mampu milik. Fokus utama kedua-dua cip ini adalah pengalaman penggunaan lebih lancar, prestasi permainan lebih baik serta penggunaan bateri yang lebih cekap.

Salah satu ciri baharu yang diperkenalkan ialah Snapdragon Smooth Motion UI yang bertujuan memberikan navigasi lebih lancar dan mengurangkan lag ketika menggunakan telefon. Qualcomm mendakwa Snapdragon 6 Gen 5 mampu membuka aplikasi 20% lebih pantas dengan 18% kurang gangguan paparan, manakala Snapdragon 4 Gen 5 menawarkan pelancaran aplikasi 43% lebih pantas dan 25% kurang gangguan paparan.

Qualcomm Umum Snapdragon 6 Gen 5, Snapdragon 4 Gen 5

Snapdragon 6 Gen 5 turut membawakan beberapa ciri AI untuk kamera termasuk peningkatan kualiti imej dan mod malam AI. Qualcomm juga menyatakan cip ini menawarkan peningkatan prestasi GPU sehingga 21% bersama sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0 serta 5G berkelajuan tinggi.

Sementara itu, Snapdragon 4 Gen 5 hadir dengan peningkatan GPU sehingga 77% berbanding generasi sebelumnya. Ia juga merupakan cip siri Snapdragon 4 pertama yang menyokong permainan sehingga 90FPS.

Selain itu, Snapdragon 4 Gen 5 menyokong sambungan Wi-Fi 5, Bluetooth 5.1, serta Dual SIM Dual Active 5G + 5G/4G yang membolehkan telefon disambungkan ke dua rangkaian serentak.

Namun begitu, Snapdragon 4 Gen 5 hanya menyokong RAM LPDDR4X, tidak lagi LPDDR5 seperti generasi sebelumnya.

Ketersediaan

Qualcomm mengesahkan telefon pertama yang menggunakan Snapdragon 6 Gen 5 dan Snapdragon 4 Gen 5 akan diperkenalkan pada separuh kedua 2026. Antara jenama yang bakal menggunakan cip ini termasuk HONOR, OPPO, realme dan Redmi.

Berkaitan

  • Qualcomm Umum Snapdragon X2 Plus - Dua Versi Teras, CPU 35% Lebih Pantas
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Qualcomm Perkenal Snapdragon Wear Elite - Cip 3nm Dengan NPU Terbina Untuk Peranti Boleh Pakai
  • Qualcomm Dan Wayve Perkenal Platform ADAS/AD Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY