Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SnapdragonX2Plus (1)

Qualcomm Umum Snapdragon X2 Plus – Dua Versi Teras, CPU 35% Lebih Pantas

Diterbitkan Januari 6, 2026 · Dikemas kini Januari 6, 2026 oleh Amalina Athman

Qualcomm sebelum ini telah memperkenalkan Snapdragon X2 Elite dan X2 Elite Extreme, yang dijangka akan digunakan untuk PC Windows berprestasi tinggi.

Kini, syarikat itu mengumumkan Snapdragon X2 Plus, platform terbaru dalam siri Snapdragon X.

Snapdragon X2 Plus dibina pada proses 3nm dan menggunakan CPU Oryon generasi ketiga dengan kelajuan puncak sehingga 4.0 GHz. Qualcomm mengatakan CPU ini menawarkan prestasi teras tunggal sehingga 35% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya, serta menggunakan 43% tenaga lebih rendah.

Snapdragon X2 Plus didatangkan dalam dua versi, iaitu 10-teras dan 6-teras, dengan masing-masing menawarkan 34MB dan 22MB cache.

Kedua-dua cip mempunyai GPU dengan seni bina sliced, tetapi cip 10-teras mempunyai GPU 1.7GHz, manakala pemproses 6-teras dilengkapi GPU 900MHz.

Qualcomm Umum Snapdragon X2 Plus – Dua Versi Teras, CPU 35% Lebih Pantas

Turut terbina ialah NPU Qualcomm Hexagon 80 TOPS, membolehkan pengalaman AI generatif dan pelbagai tugasan berjalan lebih lancar.

Cip ini turut menyokong Bluetooth 5.4, RAM LPDDR5X, Wi-Fi 7 serta pilihan modem 5G Snapdragon X75.

SnapdragonX2PlusInfographic (1)

Menurut Qualcomm, peranti dengan Snapdragon X2 Plus dijangka mula berada di pasaran pada separuh pertama 2026.

Berkaitan

  • Qualcomm Lancar Siri Snapdragon X2 Elite, Cip AI Terpantas Untuk PC Windows
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Qualcomm Umum Snapdragon® 8 Gen 5 Untuk Peranti Flagship

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY