Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Diterbitkan Disember 15, 2025 oleh Amalina Athman

Qualcomm mengumumkan peluasan portfolio cip mudah alihnya menerusi pengenalan Snapdragon 6s 4G Gen 2 dan Snapdragon 4 Gen 4.

Kedua-dua cip ini dibangunkan untuk menawarkan prestasi yang stabil, keupayaan pengimejan dipertingkat serta sambungan yang lancar, sekali gus mengukuhkan penawaran Qualcomm dalam segmen telefon pintar kelas pertengahan dan permulaan.

Snapdragon 6s 4G Gen 2

Dibangunkan untuk menyokong pengalaman penggunaan telefon pintar seharian, Snapdragon 6s 4G Gen 2 menawarkan prestasi yang seimbang serta ciri tambahan.

Dengan proses 6nm, cip ini dipadankan bersama CPU Qualcomm Kryo yang mempunyai kelajuan sehingga 2.9GHz dan GPU Qualcomm Adreno.

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Dari segi kamera, cip ini menyokong tangkapan foto sehingga 108MP dan dilengkapi Qualcomm Spectra Triple ISP, yang membolehkan pengambilan data secara serentak daripada tiga kamera.

Selain itu, Snapdragon 6s 4G Gen 2 menyediakan pengalaman sambungan yang lancar melalui rangkaian 4G LTE berkelajuan tinggi, Wi-Fi 5, serta menyokong memori LPDDR4x dan storan UFS 2.2. 

Cip ini juga menyertakan ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) seperti pengesanan mikrofon jarak jauh dan pembatalan gema (echo), bagi memastikan kualiti panggilan yang lebih jelas serta konsisten.

Snapdragon 4 Gen 4

Dibangunkan khusus untuk telefon pintar 5G kelas permulaan, Snapdragon 4 Gen 4 membawa sambungan generasi baharu serta kecekapan yang lebih baik kepada lebih ramai pengguna.

Ia menawarkan prestasi kukuh dengan kelajuan CPU Kryo sehingga 2.3GHz, dipadankan dengan GPU Adreno untuk grafik yang lebih lancar serta tindak balas harian yang memuaskan.

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Dari segi fotografi, cip ini menyokong kamera sehingga 36MP dan dilengkapi pengurangan hingar berbilang bingkai berasaskan perkakasan, bagi meningkatkan kualiti imej dalam keadaan cahaya rendah.

Jangka hayat bateri juga dipertingkatkan melalui penggunaan proses 4nm yang lebih cekap tenaga, selain sokongan teknologi Quick Charge 4+ untuk pengecasan pantas.

Untuk sambungan, Snapdragon 4 Gen 4 menyokong rangkaian berkelajuan tinggi berasaskan 3GPP Release 16 5G, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.1, memori LPDDR5 serta storan UFS 3.1 dua lorong.

Berkaitan

  • Qualcomm Umum Snapdragon 7s Gen 4 Dengan Sedikit Peningkatan Prestasi
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Qualcomm Umum Snapdragon® 8 Gen 5 Untuk Peranti Flagship
  • iQOO 15 Rasmi — Snapdragon 8 Elite Gen 5, Bateri 7000 mAh, Harga Dari RM3,699

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY