Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iQOO 15

iQOO 15 Rasmi — Snapdragon 8 Elite Gen 5, Bateri 7000 mAh, Harga Dari RM3,699

Diterbitkan Disember 9, 2025 oleh ainabatrisyia

iQOO Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan iQOO 15 untuk pasaran tempatan, menandakan kemasukan rasmi telefon gaming flagship global itu selepas debut di Shenzhen pada Oktober 2025. Menyasarkan gamers kompetitif, iQOO 15 hadir dengan fokus utama terhadap kelajuan, ketepatan dan prestasi konsisten sepanjang sesi permainan intensif.

Dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama CPU Qualcomm Oryon generasi ketiga, peranti ini menawarkan peningkatan CPU sehingga 32% dan prestasi GPU 23% lebih tinggi berbanding generasi sebelum ini.

Dipadankan dengan storan UFS 4.1 dan RAM LPDDR5X Ultra Pro, iQOO 15 mampu mencapai kelajuan pemindahan sehingga 10.7Gbps untuk memastikan aplikasi dan permainan dimuat dengan pantas.

Untuk kestabilan permainan, ia dilengkapi teknologi Concurrent Super Resolution, Frame Interpolation dan iQOO Neural Super Sampling (QNSS), memberi prestasi 2K berkuasa AI tanpa membebankan sistem. Ciri seperti Bypass Charging, Livestream Replay dan Dual-Device Screen Mirroring menjadikan peranti ini bersedia untuk pemain esports, streamer dan pencipta kandungan.

iQOO 15 kv

Bahagian paparan turut menerima peningkatan besar menerusi skrin Samsung 2K M14 LEAD AMOLED dengan kecerahan global 2,600 nits dan puncak 6,000 nits.

Sensor Triple Ambient Light dan liputan 118% gamut warna NTSC memastikan visual lebih cerah dan tepat, manakala teknologi Polarization-Free Natural Light mengurangkan silau. Skrin ini turut diperakui dengan pensijilan TÜV Rheinland bagi perlindungan mata.

Di Malaysia, iQOO 15 ditawarkan pada harga bermula RM3,699, tersedia dalam dua warna iaitu ZEN dan Legend. Jualan dibuka secara eksklusif di Shopee, Lazada dan TikTok Shop bermula hari ini, dengan tempoh pra-tempah dari 9 hingga 11 Disember.

photo_2025-12-09 18.02.05
photo_2025-12-09 18.02.07

Pelanggan yang membuat tempahan akan menerima ganjaran bernilai RM1,341, termasuk sarung iQOO 15, iQOO Buds Air, Gaming Finger Sleeves, waranti lanjutan 1+2 tahun, perlindungan skrin retak 2 tahun dan baucar trade-in RM100. Pelbagai hadiah tambahan turut ditawarkan mengikut platform termasuk bundle Ugreen, TTRacing dan Fantech selagi stok masih ada.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • (Ulasan) vivo X300 Pro - Kamera 200MP Bertambah 'Power' Dengan Kit Telefoto

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY