Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SD Gen 5

Qualcomm Umum Snapdragon® 8 Gen 5 Untuk Peranti Flagship

Diterbitkan November 26, 2025 · Dikemas kini November 26, 2025 oleh ariff bukhari

Qualcomm Technologies memperkenalkan cip terbaru Snapdragon 8 Gen 5, platform mudah alih premium terbaharu yang direka untuk peranti flagship.

Sebagai sebahagian daripada pengembangan siri 8, platform ini menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna yang mahukan inovasi terkini dalam AI, kamera dan permainan mudah alih.

Snapdragon 8 Gen 5 menampilkan keupayaan AI generatif yang dipertingkatkan melalui Qualcomm Sensing Hub dan Hexagon NPU, yang kini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 46% berbanding generasi sebelumnya.

Ini membolehkan pembantu AI dalam peranti menyampaikan pengalaman interaksi yang lebih peribadi dan intuitif.

SD Gen 5

Dari segi kuasa pemprosesan, cip ini menggunakan Qualcomm Oryon CPU yang mencapai kelajuan sehingga 3.8 GHz, dengan peningkatan prestasi keseluruhan 36% dan respons pelayaran web 76% lebih pantas.

GPU Adreno yang dikuasakan seni bina “sliced” turut menyumbang kepada peningkatan grafik dan permainan sehingga 11%.

Platform ini bakal digunakan dalam peranti flagship daripada jenama global seperti OnePlus, iQOO, Motorola dan Vivo.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • SHOEI Lancar Helmet Motosikal Pertama Di Dunia Terbina AR Berharga ~RM5,700
  • China Perkenal RAM DDR5 Baru Berkelajuan Tinggi Untuk PC Dan Peranti Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
©2026 WISER.MY