Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8 Gen_

Qualcomm Pertimbang Pengeluaran Cip Snapdragon 8 Gen 5 Melalui Samsung Dan TSMC

Diterbitkan Jun 7, 2024 ยท Dikemas kini Jun 7, 2024 oleh Amalina Athman

Qualcomm dilapor sedang mempertimbangkan pengeluaran cip Snapdragon 8 Gen 5 melalui strategi dua sumber, iaitu TSMC dan Samsung Electronics.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Qualcomm Lancar Snapdragon X Plus, NPU Untuk 'Laptop' Terpantas Di Dunia
  • Microsoft 'Auto Super Resolution' Tidak Terhad Kepada Cip Qualcomm

Dalam sesi taklimat media di Taiwan, CEO Qualcomm Cristiano Amon menjawab soalan mengenai risiko bergantung semata-mata pada satu pengeluar untuk semua cip telefon pintar. Beliau mencadangkan strategi pengeluaran dua sumber dengan kerjasama TSMC dan Samsung Electronics untuk pembuatan cip akan datang.

Cip Snapdragon 8 Gen 4 akan dikeluarkan sepenuhnya oleh TSMC. Namun, perubahan ini mungkin berlaku bermula dengan Snapdragon 8 Gen 5.

The current focus must be on the foundry production at TSMC, but it will likely require significant effort to have one company handle both aspects.

Untuk rekod, Qualcomm sebelum ini telah bekerjasama dengan Samsung Electronics melalui pengeluaran cip Snapdragon 888 dan Snapdragon 8 Gen 1. Akan tetapi, terdapat beberapa isu yang timbul termasuk peranti menjadi terlalu panas dan sebagainya.

Qualcomm kemudiannya bertukar kembali kepada TSMC untuk Snapdragon 8+ Gen 1 dan generasi seterusnya, yang membawa kepada peningkatan yang amat diperlukan dalam jangka hayat bateri dan prestasi termal bagi peranti andalan Android.

Walau bagaimanapun, pengeluaran Snapdragon X Elite baru-baru ini, yang diintegrasi dengan PC Microsoft CoPilot+, telah membawa kepada peningkatan permintaan pengeluaran. Seterusnya, ia mendorong Qualcomm untuk mempertimbangkan semula kerjasamanya dengan Samsung Electronics.

Sumber: Business Korea

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY