Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (69)

Qualcomm Lancar Snapdragon X Plus, NPU Untuk ‘Laptop’ Terpantas Di Dunia

Diterbitkan April 26, 2024 oleh Muhd Idham

Qualcomm Technologies kini telah mengumumkan pelancaran cip pemprosesan mereka yang terbaru dan ia bakal mengisi ruang dalam siri Snapdragon X dengan ketibaan Snapdragon X Plus.

Dikatakan cip pemprosesan ini mampu untuk menjalankan CPU 37 peratus lebih pantas dan menggunakan tenaga 54 peratus lebih kurang daripada model yang terdahulu.

Model Snapdragon X Plus ini juga direka untuk mencapai kelajuan pemprosesan NPU Qualcomm Hexagon sebanyak 45 TOPS (trillions of operations per second) yang mana Qualcomm mendakwa NPU itu terpantas di dunia untuk komputer riba.

Snapdragon X Plus Summary Slide

Selain itu, Qualcomm juga telah mengemukakan strategi terbaru mereka yang melibatkan teknologi kecerdasan buatan untuk digunakan bersama Snapdragon X Plus.

Antaranya ialah penjanaan kod berasaskan teknologi kecerdasan buatan untuk Visual Studio Code, penjanaan muzik untuk Audacity dan kapsyen langsung untuk OBS Studio.

OEM juga dijangka bakal melancarkan produk PC terbaru yang dikuasakan oleh Snapdragon X Plus pada pertengahan tahun 2024.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Dua Dron Terbaru DJI Kini Di Malaysia Untuk Servis Penghantaran Barang
  • Tesla Malaysia Turunkan Harga Model 3 Dan Model Y, Kini Hanya Dari RM181 Ribu Sahaja

Sumber: Siaran Media Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY