Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-29T101700.169

Microsoft ‘Auto Super Resolution’ Tidak Terhad Kepada Cip Qualcomm

Diterbitkan Mei 29, 2024 · Dikemas kini Mei 29, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Microsoft telah pun melancarkan produk komputer riba terbaru dengan penguasaan daripada cip pemprosesan siri Snapdragon X daripada Qualcomm iaitu Surface Laptop dan Surface Pro.

Microsoft ‘Auto Super Resolution’ Tidak Terhad Kepada Cip Qualcomm
Surface Laptop 7 (13.8″)
Microsoft ‘Auto Super Resolution’ Tidak Terhad Kepada Cip Qualcomm
Surface Pro 11 (2-in-1)

Sehubungan dengan itu, teknologi peningkatan kadar bingkai terbaru daripada Microsoft, Auto Super Resolution (Auto SR) ini juga tersedia untuk dua peranti tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Microsoft telah menyediakan senarai keperluan yang perlu ada pada sesuatu peranti itu untuk menjalankan ciri Auto SR tersebut.

Screenshot 2024-05-29 095149
Foto: Microsoft

Apa yang boleh diringkaskan adalah peranti PC anda perlu menggunakan cip pemprosesan siri Snapdragon X dengan ciri Copilot+, NPU Hexagon dan sistem operasi Windows 11.

Namun, ia tidaklah terhad kepada peranti yang menggunakan cip pemprosesan siri Snapdragon X kerana ia merupakan teknologi peningkatan dalaman yang dihasilkan oleh Microsoft sendiri.

Kenyataan ini juga telah dikukuhkan lagi oleh Macey Davis berdasarkan laporan daripada Verge yang mengatakan hanya pemprosesan Qualcomm sahaja yang boleh menjalankan ciri tersebut buat masa sekarang.

“Since Automatic Super Resolution (Auto SR) integrates with Windows on a Copilot+ PC, Qualcomm is the only one that can exclusively run it today.” – Macey Davis

Tambahan lagi, Intel dan AMD juga dijangka bakal menghasilkan cip pemprosesan terbaru dengan sokongan NPU yang lebih berkuasa untuk menyokong Microsoft’s Auto SR.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Black Shark GS3, GT3 Neo Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM149
  • GLOO Ada Promosi Terhad Sempena Pembukaan Hyperstore Di Queensbay Mall
  • Mudahkan Proses Pemeriksaan Imigresen, MyTRIP Kini Tersedia Di Aplikasi MySejahtera
  • Rasmi, Apple Store Pertama Di Malaysia Akan Dibuka 22 Jun Depan

Sumber: Wccftech, Verge, Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY