Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 15

Xiaomi 15 Kini Di Malaysia – Snapdragon 8 Elite, Skrin 3200 Nits, Harga Bermula RM3,499

Diterbitkan Mac 2, 2025 · Dikemas kini Mac 2, 2025 oleh Amsyar Latif

Xiaomi 15 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM3,499, menawarkan reka bentuk premium, prestasi andalan, dan sistem kamera Leica yang canggih.

Hadir dalam empat warna—Black, White, Green, dan Liquid Silver—reka bentuknya menampilkan bingkai aluminium mikro-melengkung serta teknologi LIPO untuk bezel ultra-nipis 1.38mm dan nisbah skrin-ke-badan 94%.

Paparan 6.36-inci CrystalRes AMOLED (2670 x 1200) dengan kecerahan puncak 3200 nits memastikan pengalaman tontonan yang jelas dalam apa jua keadaan pencahayaan.

Dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite dan menjalankan Xiaomi HyperOS 2, Xiaomi 15 menawarkan prestasi lancar serta teknologi HyperAI untuk produktiviti dan kreativiti, termasuk AI Writing, AI Eraser Pro, dan AI Image Expansion.

Sistem kamera Leica VARIO-SUMMILUX pada Xiaomi 15 memberikan fleksibiliti dengan tiga sensor utama:

  • Kamera utama 50MP dengan sensor Light Fusion 900 dan apertur besar ƒ/1.62 untuk tangkapan cahaya maksimum.
  • Kamera telefoto 50MP (60mm) dengan lensa terapung untuk zoom optik berkualiti tinggi dan fotografi makro dari jarak 10cm.
  • Kamera ultra-lebar 50MP (14mm) untuk perspektif yang lebih luas.
  • Kamera ini juga menyokong rakaman video 8K 30fps dan Dolby Vision 4K 60fps untuk hasil videografi profesional.

Dari segi bateri, Xiaomi 15 dilengkapi bateri 5,240mAh dengan pengecasan pantas 90W berwayar dan 50W tanpa wayar, memastikan jangka hayat bateri yang panjang. Ia turut menampilkan sistem penyejukan Xiaomi IceLoop dan sensor cap jari ultrasonik untuk keselamatan yang lebih pantas dan cekap.

Dengan sokongan Wi-Fi 7, NFC, dan Bluetooth 6.0, serta kebolehan sambungan merentasi ekosistem Xiaomi HyperConnect yang membolehkan integrasi dengan peranti lain.

Xiaomi 15

Harga

Xiaomi 15 dijual pada harga RM3,499 untuk 12GB+256GB di mana varian ini eksklusif dalam talian. Sementara varian 12GB+512GB pula berharga RM3,699.

Bermula hari ini sehingga 7 Mac, Xiaomi turut menawarkan hadiah yang bernilai sehingga RM3,300 kepada pembeli yang membuat prapesan.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Xiaomi Pengeluar Telefon Pintar No.1 Di Malaysia 2024 - Canalys

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY