Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8s Gen 3

Qualcomm Umum Snapdragon 8s Gen 3 Untuk Telefon Andalan Mampu Milik

Diterbitkan Mac 18, 2024 · Dikemas kini Mac 18, 2024 oleh Amalina Athman

Qualcomm hari ini mengumumkan Snapdragon 8s Gen 3, iaitu cip baharu yang direka dengan membawakan beberapa ciri premium di bawah 8 Gen 3.

Berkaitan

  • Snapdragon 8 Gen 3 Diumumkan - 4nm, Cortex-X4, AI Generatif
  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Snapdragon 8s Gen 3 dibina pada proses 4nm dengan konfigurasi teras 1+4+3. Terdapat satu teras utama ARM Cortex X4 dengan kelajuan 3.0GHz, berbanding 8 Gen 3 dengan kelajuan sehingga 3.3GHz. Sementara 4 teras Prestasi berkelajuan sehingga 2.8GHz dan 3 teras Kecekapan (2.0 GHz).

Ia berbeza daripada 8 Gen 3 yang mempunyai konfigurasi 1+5+2 – teras Kecekapan dikurangkan dan menambah teras Prestasi.

Platform ini juga menyokong pelbagai model AI termasuk Large Language Model (LLM) yang popular seperti Baichuan-7B, Llama 2, Gemini Nano dan Zhipu ChatGLM.

Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3

Dari segi sambungan, 8S Gen 3 menggunakan modem X70 5G (8 Gen 3 dengan X75 5G), yang termasuk sokongan Wi-Fi 7. Ia menyokong sehingga 24GB RAM LPDDR5x dan storan UFS 4.0.

Antara bidang tumpuan lain termasuk sistem pengimejan, permainan, audio dan sebagainya.

Ketersediaan

Honor, iQOO, realme, Redmi dan Xiaomi akan menggunakan Snapdragon 8s Gen 3 dalam beberapa bulan akan datang, dengan peranti pertama bakal dilancarkan pada bulan ini.

Sumber: Qualcomm 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY