Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile X Qualcomm MoU (MWC)

U Mobile Dan Qualcomm Bekerjasama Percepat Transformasi Digital IoT Di Malaysia

Diterbitkan Mac 6, 2025 · Dikemas kini Mac 6, 2025 oleh Amsyar Latif

U Mobile, penyedia rangkaian 5G kedua Malaysia, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Qualcomm Services Ltd untuk mempercepat transformasi digital dalam pasaran IoT negara. Kerjasama ini akan memanfaatkan rangkaian U Mobile dan Qualcomm Aware Platform, yang menyediakan pemantauan peranti, analisis ramalan dan automasi AI dalam pelbagai sektor.

Fokus utama adalah sektor logistik dan rantaian bekalan, dengan matlamat meningkatkan kecekapan, keselamatan aset, dan mengurangkan kos operasi. Kerjasama ini juga akan menyasarkan industri bernilai tinggi seperti kesihatan, perkilangan, farmaseutikal, pertanian, dan peruncitan pintar.

Ketua Pegawai Maklumat U Mobile, Neil Tomkinson, menyatakan bahawa teknologi ini akan memastikan pemindahan data berkelajuan tinggi dan latensi rendah untuk automasi canggih. Manakala ST Liew, VP Qualcomm, menekankan keupayaan pemantauan masa nyata untuk memastikan prestasi dan kecekapan operasi dipertingkatkan.

Majlis menandatangani MoU berlangsung di MWC 2025 Barcelona, disaksikan oleh Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia, dan Dato’ Sri Dr. Chee Hong Leong dari MCMC.

Sebelum ini, U Mobile dan Qualcomm telah bekerjasama dalam projek TROLLEE P1, troli pintar untuk pengalaman membeli-belah lebih baik, serta program SIHAT, inisiatif teleperubatan bagi pesakit diabetes dan hipertensi.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • U Mobile Akan Naik Taraf Sistem Komunikasi Tradisional FELDA Kepada Teknologi VoIP
  • Rangkaian 5G U Mobile Capai Kelajuan 120Mbps Di Atas Jambatan Pulau Pinang 
  • U Mobile Kini Tawar Akses 5G SA - Semak Pelan & Peranti Yang Disokong

Sumber: Siaran media U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY