Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Umum Projek Amethyst, Bayangan Awal Teknologi PS6

Beli ‘Game’ PS5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay, Kini Tersedia Di Malaysia

Diterbitkan Mei 10, 2025 oleh Amsyar Latif

Sony kini memperkenalkan sokongan Apple Pay secara rasmi untuk pengguna PS5 di Malaysia. Ini bermakna pengguna boleh membeli permainan, DLC, dan kandungan digital lain di PlayStation Store menggunakan Apple Pay.

Langkah ini menjadikan pengalaman membeli-belah dalam ekosistem PlayStation lebih moden, terutama untuk mereka yang sudah biasa dengan Apple Pay dalam kehidupan harian.

Macam Mana Guna Apple Pay di PS5?

Ps5 apple pay
Foto: 9to5mac

Fungsi Apple Pay ini sebenarnya sangat mudah digunakan. Kalau anda dah pernah guna Apple Pay di kedai fizikal atau dalam app, prosesnya tak jauh beza. Di PS5, proses pembayaran akan melibatkan pengimbasan kod QR. Berikut ialah langkah-langkahnya:

  1. Buka PlayStation Store di PS5 dan pilih permainan atau kandungan yang anda nak beli.
  2. Masukkan item ke dalam troli dan teruskan ke halaman pembayaran.
  3. Pilih Apple Pay sebagai kaedah pembayaran.
  4. Satu kod QR akan dipaparkan di skrin TV anda.
  5. Gunakan iPhone anda untuk imbas kod QR tersebut, dan Apple Pay akan terbuka secara automatik.
  6. Sahkan transaksi menggunakan Face ID atau Touch ID seperti biasa.

Selepas pembayaran selesai, game anda akan dimuat turun seperti biasa dan tiada sebarang langkah tambahan diperlukan.

Buat masa ini, sokongan Apple Pay hanya tersedia untuk pengguna PS5 sahaja. Oleh itu, kalau anda masih menggunakan PS4, ciri ini belum boleh digunakan.

Pastikan Apple Pay di iPhone anda sudah diaktifkan dan dipautkan dengan kad debit atau kredit yang sah.

Selain itu, pengguna di Malaysia juga boleh menikmati fungsi ini asalkan mereka menggunakan akaun PlayStation Network (PSN) yang berdaftar di rantau Malaysia.

Walau bagaimanapun, setakat percubaan saya, ciri ini dilihat dilancar secara berperingkat kerana PS5 saya masih belum ada pilihan pembayaran tersebut.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Sony Umum Kenaikan Harga PlayStation 5 Di Empat Pasaran
  • Kenapa Konsol PS5 Pro Direka Berbeza Dari Model Biasa? Ini Penjelasan Sony
  • Sony Dengar Suara Peminat, Tema Klasik PS5 Kini Kembali

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY