Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ps5 tema_1

Sony Dengar Suara Peminat, Tema Klasik PS5 Kini Kembali

Diterbitkan April 24, 2025 ยท Dikemas kini April 24, 2025 oleh Amsyar Latif

Sony kini kembali memenuhi permintaan peminat PlayStation dengan mengembalikan tema klasik konsol PS1 hingga PS4 ke dalam PS5, selepas sebelum ini hanya menawarkan secara terhad sempena sambutan ulang tahun ke-30 PlayStation pada penghujung tahun lalu.

Ketika tema klasik ini mula diperkenalkan tahun lepas, ramai pemain menyambut baik usaha Sony mengimbau nostalgia zaman PS1, PS2, PS3, dan PS4 melalui tema khas ini. Namun, ada juga kekecewaan apabila Sony menarik semula tema tersebut selepas tempoh tawaran tamat.

Kini, setelah mendengar luahan komuniti yang sangat menggemari ciri tersebut, Sony secara rasmi mengumumkan bahawa tema klasik ini kembali ke PS5 secara kekal melalui kemas kini terbaru yang akan diedarkan secara global bermula 24 April 2025.

ps5 tema_2
ps5 tema_3

Ini adalah berita gembira buat peminat tegar PlayStation, memandangkan sebelum ini PS5 tidak menawarkan pilihan tema seperti konsol-konsol sebelumnya, di mana pemain boleh memilih tema kegemaran mereka untuk menghiasi antara muka utama.

Selain tema klasik, Sony turut memperkenalkan ciri baru dipanggil “Audio Focus,” yang memberi pemain kawalan lebih mendalam untuk menyesuaikan audio dalam permainan, khususnya apabila menggunakan fon kepala.

ps5 audio focus

Ciri ini menyediakan empat pilihan tetapan bunyi, membantu pemain mendengar bunyi halus seperti suara watak, bunyi tapak kaki, atau bunyi persekitaran dengan lebih jelas dan imersif.

Pendekatan Sony ini jelas menunjukkan bahawa mereka sangat menghargai maklum balas komuniti pemain PlayStation dan terus memperbaiki pengalaman pengguna dengan mengambil kira nostalgia serta permintaan peminat.

Mungkin selepas ini Sony boleh memberikan tema-tema lain dengan menawarkan melalui PS Store atau pengguna memasang sendiri menerusi pemacu USB seperti di PS3 dahulu.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Pemilik PlayStation 5 Mesti Miliki Storan Rasmi PS Dari SanDisk Ini
  • Malaysia Pun Tak Terkecuali, Harga PS Plus Sah Naik Mulai April Ini
  • Kenapa Konsol PS5 Pro Direka Berbeza Dari Model Biasa? Ini Penjelasan Sony

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY