Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kenapa Konsol PS5 Pro Direka Berbeza Dari Model Biasa? Ini Penjelasan Sony

Posted on April 23, 2025April 23, 2025

PlayStation 5 Pro ialah konsol PlayStation paling inovatif setakat ini, menawarkan pengalaman permainan yang dipertingkatkan dengan GPU dinaik taraf, teknologi ray tracing yang lebih maju, dan PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR) — teknologi AI untuk menaik taraf resolusi imej dengan jelas sambil mengekalkan kadar bingkai tinggi.

Sony menerusi  jurutera reka bentuk mekanikal dan elektrik PS5 Pro, telah berkongsi pandangan mendalam tentang seni bina dalaman konsol ini yang menerangkan teknologi dan falsafah reka bentuk terkini konsol tersebut.

Shinya Tsuchida (Ketua Reka Bentuk Mekanikal PS5 Pro) (Kanan foto) dan Shinya Hiromitsu (Ketua Reka Bentuk Elektrik PS5 Pro) (Kiri foto).

Reka bentuk luaran

Mengulas reka bentuk luar PS5 Pro yang berbeza dari model original PS5, yang dikeluarkan pada 2020 dan model PS5 semasa (2023 hingga kini),  Shinya Tsuchida  menjelaskan, PS5 Pro yang berprestasi tinggi memerlukan sistem penyejukan lebih baik.

Oleh itu, tiga alur udara baru dikenali sebagai ‘blades’ ditambah—berfungsi meningkatkan aliran udara sambil menjadi elemen reka bentuk.

Walaupun rupa PS5 Pro konsisten dengan keluarga produk PS5 yang lain, ia mempunyai tiga bilah berbeza yang menyumbang kepada pengudaraan yang lebih baik.
Perbandingan reka bentuk luaran antara PS5 asal (kiri), PS5 semasa (tengah) dan PS5 Pro (kanan). PS5 Pro bersaiz lebih kecil sedikit berbanding PS5 asal.

Mengulas lanjut reka bentuk luaran konsol ini, Tsuchida berkata, bahagian belakang PS5 Pro direka dengan fokus pada susunan dan jenis port I/O.

Butang kuasa masih diletakkan di bahagian bawah untuk kemudahan pengguna, terutamanya bila konsol berada dalam posisi menegak. Port HDMI, LAN, dan USB pula diletakkan sedikit lebih tinggi berbanding model PS5 biasa kerana reka bentuk papan induk PS5 Pro lebih padat.

Selain itu, lubang udara keluar (ventilasi) di belakang dan bawah konsol PS5 Pro diperbesar untuk meningkatkan pengudaraan.

Saiz ventilasi ini ditentukan hasil kajian awal dan perbincangan dengan pasukan reka bentuk, bertujuan memastikan sistem penyejukan lebih efisien berbanding model sebelumnya.

Reka bentuk dan saiz kipas

Di bahagian dalam konsol itu pula menampilkan sistem penyejukkan dengan saiz kipas yang lebih besar daripada model PS5 sebelumnya.

Saiz kipas itu berbeza kerana PS5 Pro memerlukan aliran udara yang lebih banyak.

Malah, reka bentuk bilah kipas juga berbeza. Walaupun jumlah bilahnya sama, bentuk bilah telah diubah suai, dengan penambahan bilah kecil di antara setiap bilah utama untuk mengoptimumkan prestasi dan pengurangan bunyi.

Perbandingan kipas PS5 Pro (kiri) dan kipas model PS5 semasa (kanan)
Jika anda melihat dengan teliti, anda boleh melihat bahawa terdapat bilah yang lebih kecil di antara setiap bilah.

Skru banyak

Seterusnya, di bahagian dalam PS5 Pro dilindungi dengan perisai logam yang boleh ditanggalkan, tetapi ia menggunakan begitu banyak skru.

Menjelaskan perkara itu, jurutera menyatakan bahawa perisai ini dipasang pada papan induk dengan banyak skru bertujuan untuk mengurangkan gangguan elektromagnetik (EMI).

Komponen pada papan induk menghasilkan bunyi elektromagnetik yang boleh mengganggu peranti lain seperti telefon pintar.

Oleh itu, skru-skru tersebut diletakkan secara strategik untuk memastikan pelepasan elektromagnetik berada di bawah tahap yang dibenarkan dan tidak menjejaskan peranti berhampiran.

Papan induk

Pada bahagian papan induk PS5 Pro pula, Ketua Reka Bentuk Elektriknya, Shinya Hiromitsu  menerangkan papan induk PS5 Pro adalah lebih besar berbanding PS5 asal.

Ini kerana prestasi PS5 Pro dipertingkatkan sehingga mengubah kedudukan kipas dan port I/O di belakang konsol tersebut.

Malah papan induk kini mempunyai lebih banyak lapisan dalaman, menjadikan aliran isyarat lebih cekap dan meningkatkan prestasi memori.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/04/23111514/capped-1080p.mp4

Selain itu, walaupun, konsol ini mengekalkan penggunaan cecair logam sebagai bahan pengalir haba (TIM) untuk penyejukan cip utama (SoC), mereka menambah alur halus pada kawasan cecair logam untuk penyejukan lebih stabil.

Jenis memori RAM GDDR6 PS5 Pro juga lebih pantas berbanding model sebelumnya.

Satu cip memori DDR5 untuk pemprosesan OS yang lebih perlahan telah ditambah pada penjuru kanan sebelah atas di bahagian belakang papan induk PS5 Pro. sebagai tambahan kepada lapan GDDR6.
Untuk penyejukan yang lebih stabil, alur halus telah ditambah di mana logam cecair digunakan.

PSU

Untuk unit bekalan kuasa (PSU) PS5 Pro  pula, menurut Hiromitsu, ia mengeluarkan kira-kira 48W lebih kuasa berbanding PS5 biasa dan bersaiz lebih besar.

Reka bentuk PSU yang melengkung dibuat khusus untuk setiap versi PS5 agar dimuat sempurna dalam rangka konsol.

Terdapat ukiran “Sony Interactive Entertainment” pada bahagian bawah PSU, ia merupakann butiran tambahan yang membantu menentukan orientasi atas dan bawah ketika konsol diletakkan secara menegak.

Sinki haba

Ketua Reka Bentuk Mekanikal PS5 Pro, mendedahkan, PS5 Pro mempunyai lebih banyak paip haba berbanding model sebelumnya untuk menyokong prestasi tinggi konsol itu.

Paip haba ini terletak berhampiran cip SoC, dan sirip penyejuk haba dibahagikan kepada dua bahagian.

Paip haba itu diperbuat daripada tembaga. Komponen perak sink haba diperbuat daripada aluminium untuk menghilangkan haba, dan bahagian kelabu yang lain diperbuat daripada keluli.

Susun atur penyejuk haba sangat penting, dan pasukan reka bentuk mengambil masa untuk menentukan kedudukan paling berkesan bagi memastikan prestasi penyejukan terbaik.

Wi-Fi 7 

Akhir sekali, PS5 Pro kini menyokong sambungan Wi-Fi 7 di mana modul Wi-Fi 7 terletak di bahagian atas papan induk PS5 Pro.

Hiromitsu berkata, semasa pembangunan PS5 Pro, Wi-Fi 7 masih belum dilancarkan secara rasmi, menjadikan proses pengesahan agak mencabar.

Namun begitu, pasukan mereka berjaya mendapat pensijilan tepat pada masanya untuk pelancaran di rantau yang menyokong Wi-Fi 7, menjadikan PS5 Pro antara konsol permainan terawal yang menyokong Wi-Fi 7.

Komponen putih di sebelah kanan bahagian atas papan induk PS5 Pro ialah modul Wi-Fi 7.

Apa yang dapat disimpulkan, walaupun dari segi luaran PS5 Pro hanya mengalami sedikit perubahan rekaan, tetapi komponen dalamnnya mengalami perubahan yang besar untuk menyampaikan prestasi tinggi, sekali gus membezakan keupayaannya dengan model sebelumnya.

Harga rasmi konsol PlayStation 5 semasa boleh diadapati pada harga bermula RM2,069 (varian digital slim).

Bagi model PS5 Pro pula ia berharga RM3,849.00.

Beli barisan model PS5 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmnyzo
  • Lazada – https://invl.me/clmnyzr

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress