Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton e.Mas 7_6

Proton e.MAS 7 Terima Kemas Kini – Warna Baharu, Sokongan Apple CarPlay, Ciri Pintar

Diterbitkan Julai 2, 2025 ยท Dikemas kini Julai 2, 2025 oleh Amalina Athman

Pro-Net, anak syarikat Proton, hari ini memperkenalkan versi kemas kini Proton e.MAS 7, melibatkan penampilan yang lebih segar serta penambahbaikan dari segi ciri dan pengalaman pengguna.

Proton e.MAS 7 Terima Kemas Kini – Warna Baharu, Sokongan Apple CarPlay, Ciri Pintar
Proton e.MAS 7 Terima Kemas Kini – Warna Baharu, Sokongan Apple CarPlay, Ciri Pintar
Proton e.MAS 7 Terima Kemas Kini – Warna Baharu, Sokongan Apple CarPlay, Ciri Pintar

Dari segi penampilan, varian baharu kini tampil dengan pilihan warna Obsidian Black untuk luaran, selain pilihan dalaman Alabaster White yang eksklusif bagi varian Premium Quartz Rose dan Turquoise Green. Bagaimanapun, pilihan dalaman ini terhad kepada 250 unit sahaja untuk setiap varian.

Proton e.MAS 7 Terima Kemas Kini – Warna Baharu, Sokongan Apple CarPlay, Ciri Pintar
Proton e.MAS 7 Terima Kemas Kini – Warna Baharu, Sokongan Apple CarPlay, Ciri Pintar
Proton e.MAS 7 Terima Kemas Kini – Warna Baharu, Sokongan Apple CarPlay, Ciri Pintar
Proton e.MAS 7 Terima Kemas Kini – Warna Baharu, Sokongan Apple CarPlay, Ciri Pintar

Penambahbaikan

e.MAS 7 yang diperbaharui kini menyokong Apple CarPlay dalam format berwayar dan tanpa wayar, manakala sokongan untuk Android Auto dijangka tersedia menjelang hujung tahun ini.

Kemas kini OTA yang diperbaharui juga membolehkan pemandu mengekalkan tetapan terakhir yang digunakan.

Proton e.MAS 7 Terima Kemas Kini – Warna Baharu, Sokongan Apple CarPlay, Ciri Pintar

Selain itu, sistem operasi Flyme Auto juga menerima kemas kini yang menawarkan prestasi lebih pantas, integrasi lebih lancar serta sokongan untuk lebih banyak aplikasi pihak ketiga termasuk Zoom for Cars, izi.TRAVEL dan Vivaldi Browser.

Sistem amaran bunyi kelajuan rendah untuk EV turut diberi pilihan baharu dengan dua bunyi tambahan, iaitu Galactic Note dan Space Walk, selain nada Classical sedia ada. Ciri ini direka bagi memberi amaran kepada pejalan kaki apabila kenderaan bergerak perlahan.

Proton e.Mas 7_3

Bagi memudahkan pemilikan, Pro-Net turut memperkenalkan pakej jualan baharu Power Pack+ yang meliputi pengecas rumah 7kW percuma, data internet tanpa had selama 5 tahun, waranti tanpa had perbatuan selama 6 tahun, serta rebat tukar beli bernilai RM5,000.

Penutup ruang barangan (tonneau cover) kini turut disertakan sebagai ciri standard untuk semua unit e.MAS 7. Pemilik sedia ada akan menerima penutup ini secara percuma dalam masa terdekat.

Proton e.MAS 7 Terima Kemas Kini – Warna Baharu, Sokongan Apple CarPlay, Ciri Pintar

Proton e.MAS 7 yang diperbaharui kini sudah mula ditawarkan di semua pengedar sah Proton e.MAS di seluruh negara.

Berkaitan

  • Proton e.Mas 7 Kini Rasmi - Hadir Dalam Dua Varian, Harga Bermula RM109,800
  • Proton Sahkan Model EV Kedua Bakal Tiba Tahun Ini
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Proton X50 Baharu Rasmi, Sokong Apple CarPlay Dan Android Auto

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY