Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
proton e.mas7

Proton Sahkan Model EV Kedua Bakal Tiba Tahun Ini

Diterbitkan Mac 24, 2025 · Dikemas kini Mac 24, 2025 oleh ariff bukhari

Proton dalam satu sesi iftar bersama media dan wakil industri telah mengumumkan bahawa model kedua kenderaan elektrik (EV) e.MAS akan diperkenalkan tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah.

Dalam ucapannya itu juga, beliau turut sempat menyindir Perodua dengan menyatakan bahawa bateri bagi model kedua e.MAS nanti akan “datang bersama” dengan kereta tersebut.

Ia adalah satu sindiran halus terhadap rancangan Perodua yang merancang untuk menawarkan model EV pertama mereka dengan skim pajakan bateri.

Walaupun masih belum ada maklumat lanjut diberikan oleh beliau mahupun Proton mengenai identiti model EV kedua ini, spekulasi sebelum ini mencadangkan bahawa model ini mungkin berdasarkan model hatchback elektrik kecil dari Geely, iaitu Geome Xingyuan.

Proton Sahkan Model EV Kedua Bakal Tiba Tahun Ini
Geely Geome Xingyuan ditawarkan pada harga bermula USD11,100 (~RM49,000).
Proton Sahkan Model EV Kedua Bakal Tiba Tahun Ini
Geely Geome Xingyuan

Dari segi spesifikasi, Geome Xingyuan dilengkapi dengan motor elektrik belakang (RWD) yang menghasilkan 114 HP (85 kW) dengan kelajuan maksimum 135 KM/J.

Model ini menggunakan bateri LFP CATL bersaiz 30.12 kWh dengan jarak perjalanan CLTC sehingga 310 KM, manakala varian tertinggi menawarkan bateri 40.16 kWh dengan jarak perjalanan sehingga 410 KM.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Risau Telefon Kena 'Malware'? Cepat Pasang Aplikasi Dari CyberSecurity Malaysia Ini
  • SIRIM Keluarkan Sampul Raya Ada Benih Pelbagai Jenis Tanaman

Sumber: Carz Automedia Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY