Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
X50 2025

Proton X50 Baharu Rasmi, Sokong Apple CarPlay Dan Android Auto

Diterbitkan Julai 1, 2025 · Dikemas kini Julai 1, 2025 oleh ariff bukhari

Proton hari ini akhirnya mengumumkan model terbaharu bagi SUV terhangat mereka iaitu X50 2025 yang menerima peningkatan bukan sahaja dari aspek penampilan luaran, tetapi juga kuasa.

Peningkatan paling besarnya sudah tentulah ke atas enjinnya yang kini dilengkapi enjin i-GT 1.5TD 4 silinder (model X50 terdahulu menggunakan enjin 3 silinder) yang membolehkan pecutan 0–100km/j hanya dalam 7.6 saat.

X50 2025 1

Hadir dalam 3 varian, Eksekutif, Premium dan Flagship, semuanya tersedia dengan ciri sambungan Apple CarPlay® dan Android Auto™ .

Selain itu, X50 baharu juga dilengkapi teknologi Advance Driver Assistance System (ADAS) tahap 2 dengan varian Premium dan Flagship terima lebih banyak ciri ADAS yang lain termasuklah:

  1. Autonomous Emergency Braking (AEB)
  2. Forward Collision Warning (FCW)
  3. Adaptive Cruise Control (ACC) with Stop and Go
  4. Intelligent Cruise Control (ICC)
  5. Lane Departure Warning (LDW)
  6. Lane Departure Prevention (LDP)
  7. Lane Centering Control (LCC)
  8. Intelligent High Beam Control (IHBC)
  9. Traffic Sign Information (TSI)
X50 2025 2
X50 2025 dilengkapi Info hiburan bersaiz 14.6” dengan pengecaman suara Bahasa Melayu. Sokongan pengecasa tanpa wayar untuk peranti pintar pula hanya tersedia dalam varian Flagship sahaja.

Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak Proton belum mengumumkan harga jualan rasminya.

Untuk info dan spesifikasi lebih lanjut model X50 2025 ini, layari laman rasmi PROTON – All-New PROTON X50.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • MyEG Tukar Nama Kepada Zetrix AI - Berkuat Kuasa 3 Julai
  • MacBook Dijangka Guna Pemproses iPhone, Harga Lebih Murah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY