Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton eMas 7

Proton e.Mas 7 Kini Rasmi – Hadir Dalam Dua Varian, Harga Bermula RM109,800

Diterbitkan Disember 16, 2024 · Dikemas kini Disember 16, 2024 oleh Amsyar Latif

Kenderaan elektirik (EV) pertama Proton, iaitu e.Mas 7 secara rasmi dilancarkan hari ini. Ia sekali gus memberi saingan bagi EV SUV segmen C di pasaran tempatan.

EV ini ditawarkan dalam dua varian, e.Mas 7 Prime dan e.Mas 7 Premium. Perbezaan kedua-dua varian termasuklah saiz bateri, saiz tayar, pengecasan dan beberapa ciri lain.

Proton eMas 7_5

e.Mas 7 Prime dilengkapi bateri jenis Aegis Short Blade Lithium Iron Phosphate (LFP) berkapasiti 49.52 kWh (varian Prime) dan 60.22 kWh (varian Premium).

Proton eMas 7_3

Varian Prime menjanjikan jarak pemanduan sehingga 345 km (WLTP) dan varian Premium pula sehingga 410 km (WLTP).  Masing-masing juga menyokong pengecasan DC 80kW dan 100kW. Selain itu, ia juga menyokong pengecasan AC sehingga 11kW.

Dari segi prestasi, tidak ada perbezaan untuk output kuasa di mana masing-masing dipacu sistem motor 12-dalam-1 yang mana memberikan kuasa maksimum 160 kW dan tork setinggi 320Nm. Dalam keadaan pegun, ia boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat.

Proton eMas 7_6

Untuk casis kenderaan, sistem ampaian depan menggunakan Mcpherson independent suspension. Sementara belakang pula Multilink independent suspension. Varian Prime dilengkapi tayar berjenama Giti dengan saiz 225/55 R18. Manakala varian premium pula berjenama Good Year 235/50 R19.

Proton eMas 7_7
Proton eMas 7_4

Di bahagian dalam, terdapat info hiburan bersaiz 15.4 inci, maklumat pemanduan LCD bersaiz 10.2 inci, lampu kabin dengan 256 warna RGB (varian Premium), pembesar suara 6 unit (varian Prime) dan pembesar suara 16 unit (varian Premium) dari sistem Flyme Sound.

Kereta ini turut hadir dengan beberapa ciri sistem pemanduan seperti adaptive cruise control (ACC), automatic emergency braking (AEB), intelligent cruise control (ICC), dynamic brake support (DBS), forward collision warning, lane departure prevention (LDP) dan lain-lain.

Proton eMas 7 Prime
Proton eMas 7 Premium

Proton e.Mas 7 dijual pada tanda harga RM109,800 untuk varian Prime dan RM123,800 bagi varian Premium.

Proton eMas 7

Bersempena kehadirannya, Proton menawarkan harga promosi untuk pembeli 3,000 terawal dengan rebat sebanyak RM4,000. Menjadikan harganya serendah RM105,800.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • BYD Bakal Lancarkan Bateri EV Generasi Baharu, Janjikan Lebih Julat Perjalanan
  • MITI Pastikan Setiap Daerah Di Selangor, Johor Miliki Pengecas Pantas DC Untuk EV
  • Pahang Mahu Jadi Hab Pemasangan Dan Pembuatan EV
  • Hayat Bateri EV Mungkin Tahan Sehingga 40% Lebih Lama Dari Dijangka – Kajian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY