Dalam dunia yang serba pantas hari ini, keperluan untuk bekerja dan berkarya di mana sahaja semakin meningkat.
Sama ada anda seorang ahli perniagaan, pereka kreatif, pendidik atau pelajar universiti, kecekapan dan mobiliti menjadi faktor utama dalam memilih peranti yang bukan sahaja sesuai, tapi lebih penting lagi, yang terbaik untuk melengkapi gaya hidup digital anda.
Menyedari keperluan ini, HUAWEI tampil dengan HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025), tablet yang menggabungkan reka bentuk pintar dan bergaya dengan kuasa pemprosesan setaraf komputer peribadi (PC).
Menjadikannya peranti mudah alih terbaik untuk mereka yang sentiasa aktif.
HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025)
HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) bukan sekadar tablet. Ia memberikan pengalaman seakan anda menggunakan komputer riba.
Dengan sokongan WPS Office versi PC, anda dapat mengurus data perisian pejabat seperti Excel yang kompleks dan menghasilkan carta profesional sepertimana di PC.
Malah menyusun pembentangan kandungan PowerPoint menjadi lebih efisien dan menyeronokkan dengan pada masa yang sama melakukan pelbagai tugasan pejabat lain.

Kuasa PC dalam genggaman
Antara ciri menarik HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) adalah keupayaan membuka banyak fail serentak, sokongan tetikus seperti di PC, serta sokongan untuk pintasan kekunci seperti Ctrl+C dan Ctrl+V.
Ini menjadikan HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) berfungsi penuh seakan PC dengan kelebihan mobiliti yang sangat berguna untuk penggunaan di luar pejabat dalam apa keadaan sekalipun.
Tablet ini juga menyokong sambungan ke monitor untuk paparan yang lebih besar, dan mampu membuka fail besar serta melakukan tugas multitasking.
Sekali gus membuktikan keupayaannya sebagai tablet berprestasi.
Genius HUAWEI Glide Keyboard
HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) dilengkapi dengan aksesori Genius HUAWEI Glide Keyboard yang membolehkan anda membuka atau menutup tablet dan mula bekerja serta-merta hanya dengan satu gerakan tangan.
Lebih hebat lagi, papan kekunci ini menawarkan pengalaman menaip setaraf PC – dengan kekunci bersaiz penuh, touchpad yang responsif dan pintasan papan kekunci yang memudahkan kerja.
Semua ini menjadikan peralihan daripada komputer riba ke tablet lebih lancar dan mesra pengguna.
Paparan Tandem Papermatte OLED – menulis seperti di atas kertas sebenar
Satu lagi kelebihan utama HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) ialah skrin Tandem OLED PaperMattenya yang tahan lama dan jimat tenaga sehingga 33% berbanding paparan OLED biasa, menjadikan ia salah satu skrin terbaik dalam kelasnya.
Teknologi Anti-Sparkle yang digunakan membantu mengurangkan kelipan skrin dan memberikan pengalaman menulis seperti di atas kertas sebenar.
Dengan kecerahan setinggi 2,000 nits, nisbah skrin-ke-badan 92% dan rekaan tanpa notch, paparan ini sangat jelas dan selesa untuk mata, sesuai untuk kerja mahupun hiburan.

Cipta apa sahaja dengan Stylus Pintar & HUAWEI Notes
Sokongan HUAWEI M-Pencil (Gen 3) dengan teknologi Nearlink melengkapkan lagi HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025).
Stylus ini menawarkan sensitiviti tekanan lebih daripada 10,000 tahap, menghasilkan tulisan dan lukisan yang sangat lancar dan tepat.
Ia turut dilengkapi dengan ciri pintar seperti AI Handwriting Enhancement, Magnifier dan Lasso Tool yang membantu anda menulis, menyusun, dan menyunting kandungan dengan mudah.
Dipadankan pula dengan aplikasi HUAWEI Notes, anda boleh menanda PDF, mencipta nota baru, mengakses pelbagai kandungan kreatif dan sticker serta banyak lagi untuk menjadikan catatan anda lebih menarik dan profesional.

Kesimpulannya, HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) adalah tablet pintar, berprestasi yang memberikan pengalaman PC sebenar untuk bekerja, mencipta dan menikmati hiburan walau apa jua keadaan.
Lebih berbaloi lagi apabila anda menjadi antara pelanggan terawal memiliki tablet HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) ini yang sudah tersedia untuk di pra pesan dari 18 hingga 27 Jun ini pada harga RM3,599.
Anda yang membuat pra pesanan dalam tempoh itu akan menerima aksesori utama termasuklah HUAWEI M-Pencil 3rd Gen RM699 + HUAWEI Mouse RM149 + HUAWEI Backpack RM199 + HUAWEI SoundJoy2 RM699 + PC Level WPS RM299.
Jadi, jom jangan tunggu lagi dengan rebut peluang memiliki HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) ini sekarang dari stor rasmi.
- HUAWEI Store : https://tinyurl.com/4cv7n3b3
- Shopee : https://tinyurl.com/22rntbz4
- Lazada : https://tinyurl.com/ytfb8jet
- TikTok : https://tinyurl.com/522ntjz2