Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian 5G DNB Akan Terus Diguna Walau Beralih Ke Dwirangkaian 5G – Fahmi

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula – Menteri

Diterbitkan Jun 21, 2024 · Dikemas kini Jun 21, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk memulakan proses menentu dan melantik syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih (MNO) yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia.

Ini termasuk mengeluarkan Pakej Maklumat Pemohon atau Applicant Information Package (AIP) pada 1 Julai 2024.

Berkaitan

  • Maxis Sedia Muktamadkan Proses SSA Lebih Awal Bagi Pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua
  • Malaysia Sedia Laksana Rangkaian 5G Kedua - Fahmi
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • U Mobile Yakin Sedia Lancar Rangkaian 5G Kedua
  • CelcomDigi Bersedia Lengkapkan Perjanjian Langganan Saham Bersyarat Dan Memulakan Proses Bina Rangkaian 5G Kedua Malaysia

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata proses ini akan dilaksanakan secara telus berdasarkan kuasa dan peruntukan yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Langkah ini susulan daripada pengumuman Digital Nasional Berhad (DNB) berkenaan penyempurnaan syarat-syarat duluan bagi Perjanjian Langganan Saham (SSA) bersama CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications untuk memegang saham dalam DNB – yang merupakan langkah utama ke arah peralihan model dwirangkaian 5G di Malaysia.

Dalam pada itu, Fahmi juga berkata kementeriannya komited untuk melaksanakan keputusan kerajaan agar negara beralih kepada model dwirangkaian 5G bagi menamatkan unsur monopoli perkhidmatan 5G.

Pelaksanaan rangkaian 5G kedua ini dijangka dapat membantu meningkatkan liputan 5G, mewujudkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi, serta memastikan harga pelan dan mutu perkhidmatan 5G yang lebih baik.

Sumber: Kenyataan Media Kementerian Komunikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY