Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil Jun 2024

Malaysia Sedia Laksana Rangkaian 5G Kedua – Fahmi

Diterbitkan Jun 19, 2024 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan kerajaan Malaysia kekal komited untuk melaksanakan dasar model dwirangkaian 5G.

Berkaitan

  • Liputan Rangkaian 5G Lepasi Sasaran, Peralihan Ke Dwirangkaian Bakal Diumum
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Beliau berkata syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam pelaksanaan model dwirangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB) pada 21 Jun ini.

Sejurus selepas itu, proses mengenal pasti telco yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua akan bermula. Namun begitu, proses ini hanya akan dibuka kepada telco yang telah melengkapkan pegangan ekuiti (SSA) dalam DNB.

Jelasnya, pelaksanaan rangkaian 5G kedua bersifat komersial tetapi kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah memutuskan dasar dwirangkaian untuk memacu persaingan dan memastikan kemampanan ekosistem telekomunikasi dalam negara.

Dalam pertemuan bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong, Fahmi turut menyentuh mengenai teknologi “direct-to-cell” melibatkan satelit orbit rendah Bumi (LEO) yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah internet di kawasan terpencil, serta kawasan yang tiada sambungan internet.

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY