Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis, TM Lanjutkan Perjanjian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Sehingga 2029

Maxis Sedia Muktamadkan Proses SSA Lebih Awal Bagi Pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua

Diterbitkan Jun 10, 2024 oleh Amalina Athman

Maxis sedia untuk memuktamadkan proses perjanjian langganan saham (SSA) Digital Nasional Berhad (DNB), sejajar dengan terma-terma SSA dan menandatangani Perjanjian Pemegang Saham (SHA) dengan DNB bagi pelancaran rangkaian 5G kedua negara.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Rangkaian 5G Malaysia Antara 5 Teratas Terbaik Dan Paling Konsisten Di Dunia

Menurut Maxis, langkah ini akan meletakannya dalam landasan untuk melengkapkan proses SSA lebih awal dan mengambil bahagian dalam pelaksanaan rangkaian 5G kedua, mendahului tempoh masa yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini.

CEO Maxis Goh Seow Eng berkata ia mahu proses SSA dimuktamadkan awal kerana akan mengukuhkan kepastian dalam pelaksanaan dwirangkaian 5G.

Maxis bersedia sepenuhnya untuk mula membina rangkaian 5G kedua segera bagi mempercepatkan rancangan 5G negara dan membawa manfaat ekonominya kepada rakyat Malaysia pada kadar yang lebih pantas.

Terdahulu, rancangan peralihan daripada rangkaian borong tunggal kepada model dwirangkaian 5G telah diumumkan pada Mei 2023, dengan DNB perlu mencapai sasaran 80% liputan 5G.

Sehingga 30 April 2024, liputan rangkaian 5G telah mencapai 81.5% bagi kawasan berpenduduk (COPA) .

Sumber: Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY