Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile

U Mobile Yakin Sedia Lancar Rangkaian 5G Kedua

Diterbitkan Jun 21, 2024 oleh ariff bukhari

U Mobile mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk melengkapkan proses perjanjian langganan saham (SSA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi membolehkan peralihan kepada model dwi rangkaian 5G negara.

Syarikat telekomunikasi itu berkata, mereka yakin berada dalam kedudukan baik untuk melancarkan rangkaian 5G kedua sekiranya perlu, untuk membantu kerajaan merealisasikan hasrat memiliki dua rangkaian 5G bagi memacu persaingan dan memastikan kemampanan ekosistem telekomunikasi di Malaysia.

“Dalam usaha kami untuk menjadi rakan kongsi perkhidmatan digital kegemaran Malaysia, U Mobile mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menerajui industri dalam nilai dan inovasi. Semasa kami melangkah ke fasa pertumbuhan kami yang seterusnya, kami komited untuk menandatangani SHA dengan DNB selepas proses SSA selesai dan dilengkapi dengan baik serta bersedia untuk melancarkan rangkaian 5G kedua,” Wong Heang Tuck, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile.

U Mobile baru-baru ini telah melengkapkan pembuktikan konsep (PoC) rangkaian persendirian 5G bagi industri logistik menerusi kerjasama dengan rakan kongsi untuk mendigitalkan pemeriksaan kontena selaku elemen penting dalam proses logistik.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Google Batalkan YouTube Premium Yang Dilanggan Lebih Murah Melalui VPN

Sumber: Siaran media U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY