Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-02-16T114543.936

Prapesan Siri realme 12 Dengan Hanya RM12 Sahaja

Diterbitkan Februari 16, 2024 · Dikemas kini Februari 16, 2024 oleh Muhd Idham

realme Malaysia kini telah mengumumkan tarikh prapesanan untuk peranti telefon pintar mereka yang diterapkan dengan telefoto periskop seperti realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G iaitu pada 16 Februari 2024 sehingga 29 Februari 2024.

realme 12 Pro+ 5G
realme 12+ 5G

Imbas kembali, realme 12 Pro+ 5G ini dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 7s Gen 2 dengan  sokongan 12GB RAM dan 256GB storan.

Selain itu, kameranya menggunakan lensa 50MP daripada Sony IMX890 OIS untuk kamera utama, 64MP OmniVision OV64B periskop, 8MP ultra lebar dan 32MP kamera swafoto.

Untuk realme 12+ 5G pula, spesifikasinya masih belum disahkan tetapi dijangka akan menggunakan MediaTek Dimensity 7050 dengan memori 12GB RAM.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-600 dengan sistem pemprosesan gambar, SuperOIS dan NightEye Engine.

Berkaitan

  • 4 Permainan Eksklusif Xbox Akan Ditawarkan Untuk PS5, Nintendo Switch
  • Rupa 'Laptop' Lutsinar Pertama Di Dunia Didedah, Dijangka Rasmi Di MWC 2024
  • Google Umum Gemini 1.5 Dengan Peningkatan Prestasi Dan Kecekapan
  • PEDi Akan Dijenama Semula Menjelang Suku Kedua 2024

Untuk pengetahuan anda, telefon realme 12 Pro+ 5G ini akan dilancarkan pada 29 Februari 2024 untuk pasaran tempatan.

Prapesan Siri realme 12 Dengan Hanya RM12 Sahaja

Dengan bayaran serendah RM12 di mana-mana cawangan realme, anda boleh mengesahkan prapesanan bagi salah satu peranti tersebut.

Tambahan lagi, anda bakal menikmati hadiah percuma bernilai RM799 yang terdiri daripada fon putik Techlife X60 pada 1 Mac 2024 selepas bayaran penuh dibayar.

Beli produk realme di:

Shopee – https://invl.io/clkov73

Lazada – https://invol.co/clkov74

Sumber: Siaran Media realme Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY