Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xbox PS5_Wiser

4 Permainan Eksklusif Xbox Akan Ditawarkan Untuk PS5, Nintendo Switch

Diterbitkan Februari 16, 2024 oleh Amalina Athman

Microsoft akan menawarkan beberapa permainan eksklusif Xbox ke PS5 dan Nintendo Switch. Ia adalah sebahagian daripada peralihan strategi dalam meluaskan perniagaan permainan Microsoft, dengan tidak hanya terhad untuk Xbox.

Berkaitan

  • Xbox Series X Dijangka Akan Dijual Secara Rasmi Di Malaysia
  • Microsoft Akan Umum Sesuatu Berkaitan Hala Tuju Terbaru Xbox Minggu Depan

CEO Microsoft Gaming Phil Spencer mendedahkan syarikat itu telah membuat keputusan untuk membawakan empat permainan ke konsol lain.

We’ve made the decision that we’re going to take four games to the other consoles,

Microsoft tidak menamakan empat tajuk permainan tersebut, tetapi mengatakan bahawa dua daripadanya adalah permainan yang didorong oleh komuniti dan dua lagi adalah tajuk yang lebih kecil.

Spencer mengesahkan bahawa Starfield dan Indiana Jones bukan sebahagian daripada empat permainan pertama untuk PS5, tetapi tidak menolak kemungkinan kehadiran permainan itu pada masa hadapan.

Memetik The Verge, sumber yang biasa dengan rancangan Microsoft berkata dua tajuk pertama ialah Hi-Fi Rush dan Pentiment, manakala dua lagi ialah Sea of Thieves dan Grounded.

Dalam pada itu, Spencer menjelaskan tidak ada perubahan kepada syarikat yang melakukan eksklusif Xbox, namun, pada masa yang sama, beliau juga berpendapat bahawa akan menjadi lebih sedikit konsol eksklusif di seluruh industri sepanjang dekad akan datang.

Bermakna, bukan setiap permainan Xbox akan ditawarkan kepada platform saingan, tetapi Microsoft jelas mempertimbangkan potensi untuk lebih banyak lagi pada masa hadapan.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY