Siri realme 12 Pro 5G Dilancarkan Dengan 64MP Kamera Periskop

realme secara rasmi kini melancarkan siri realme 12 Pro 5G dalam acara yang berlangsung di India. Ia hadir dengan dua model, iaitu realme 12 Pro 5G dan realme 12 Pro+ 5G.

{suggest}

realme 12 Pro+ 5G


realme 12 Pro+ 5G dilengkapi skrin Pro-XDR berukuran 6.7-inci FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 950 nit.



Menguasakan peranti adalah cip Snapdragon 7s Gen 2 dengan konfigurasi memori sehingga 12GB RAM dan 256GB storan.



Beralih ke bahagian fotografi, realme 12 dimuatkan 50MP Sony IMX890 OIS untuk lensa utama, 64MP OmniVision OV64B periskop dengan 3x zum optikal dan 120x SuperZoom, 8MP ultra lebar serta 32MP kamera swafoto.

Di bahagian dalam diisi dengan kapasiti bateri 5,000mAh bersama sokongan pengecasan 67W.



Antara lainnya, ia menyokong rangkaian 5G, sambungan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, serta menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Tiga pilihan warna tersedia iaitu Submarine Blue, Navigator Beige dan Explorer Red.

realme 12 Pro 5G




realme 12 Pro 5G mempunyai sejumlah spesifikasi yang hampir sama seperti realme 12 Pro+ 5G. Ia didatangkan dengan skrin bersaiz 6.7-inci FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan maksimum kecerahan 950 nit.

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1 bersama gandingan 8GB RAM dan sehingga 256GB storan.

Untuk kamera, terdapat tiga lensa terdiri daripada 50MP utama Sony IMX882 + OIS, 32MP Sony IMX 709 telefoto dengan 2x zum optikal dan 4x zum digital serta 8MP ultra lebar. Di bahagian hadapan diisi dengan 16MP lensa swafoto.

Sama seperti realme 12 Pro+ 5G, peranti ini juga dilengkapi 5,000mAh bateri, pengecasan 67W, Wi-Fi 6, 5G, Bluetooth 5.2, sokongan dua pembesar suara Dolby Atmos serta menjalankan realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14.



realme 12 Pro 5G hadir dengan dua pilihan warna iaitu Submarine Blue dan Navigator Beige.

Harga


Berikut merupakan harga siri realme 12 Pro 5G untuk pasaran India.

realme 12 Pro 5G

  • 8GB + 128GB - ₹25,999 (~RM1,480)

  • 8GB + 256GB - ₹26,999 (~RM1,537)


realme 12 Pro+ 5G

  • 8GB + 128GB - ₹29,999 (~RM1,707)

  • 8GB + 256GB - ₹31,999 (~RM1,821)

  • 12GB + 256GB - ₹33,999 (~RM1,935)


(Untuk pembelian produk realme yang lain, layari kedai rasmi di Shopee atau Lazada.)