Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini 1.5

Google Umum Gemini 1.5 Dengan Peningkatan Prestasi Dan Kecekapan

Diterbitkan Februari 16, 2024 ยท Dikemas kini Februari 16, 2024 oleh Amalina Athman

Selepas dua bulan melancarkan Gemini, Google kini mengumumkan model AI generasi baharu iaitu Gemini 1.5.

Berkaitan

  • Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android
  • Gemini Advanced Turut Dilancarkan, Berharga RM97.99/Bulan
  • Cara Akses Google Gemini Untuk Peranti iOS

Menurut Google, Gemini 1.5 direka menggunakan seni bina Mixture-of-Experts (MoE) baharu bagi meningkatkan kecekapan.

Model Gemini 1.5 pertama yang dikeluarkan untuk ujian awal ialah Gemini 1.5 Pro. Ia merupakan model multimodal bersaiz sederhana, yang dioptimumkan untuk penskalaan merentasi pelbagai tugasan serta mempunyai prestasi pada tahap serupa dengan Ultra 1.0.

Google Umum Gemini 1.5 Dengan Peningkatan Prestasi Dan Kecekapan

Apabila diuji pada set penilaian teks, kod, imej, audio dan video, Gemini 1.5 Pro mengatasi 1.0 Pro pada 87% penanda aras yang digunakan untuk membangunkan LLM.

Gemini 1.5 Pro secara konsisten boleh menjalankan sehingga 1 juta token dalam pengeluaran – bersamaan lebih 700,000 patah perkataan, 30,000 baris kod, 11 jam audio dan 1 jam video.

Gemini 1.5 Pro can consistently run up to 1 million tokens in production, equivalent to:
๐Ÿ”  Over 700,000 words
๐Ÿ›  Over 30,000 lines of code
๐Ÿ”Š 11 hours of audio
๐Ÿ“น 1 hour of video

Weโ€™ve also successfully tested up to 10 million tokens in our research. https://t.co/qT0aXdFL0n pic.twitter.com/2RY5beg4I9

— Google DeepMind (@GoogleDeepMind) February 15, 2024

 

Google juga telah menguji sehingga 10 juta token dalam penyelidikan yang dijalankan.

Buat masa ini, Gemini 1.5 Pro dengan sehingga 1 juta token hanya tersedia kepada kumpulan pembangun dan rakan kongsi dalam Google AI Studio dan pratonton peribadi pada Vertex AI.

Dalam pada itu, Google memaklumkan penguji awal perlu menjangkakan tempoh latensi yang lebih lama pada ciri percubaan ini, dengan peningkatan kelajuan akan datang.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY