Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NFP launch

Portal Fraud Kebangsaan Dilancarkan Untuk Perkukuh Operasi NSRC

Diterbitkan Ogos 21, 2024 · Dikemas kini Ogos 21, 2024 oleh Amalina Athman

Bank Negara Malaysia (BNM), PayNet, serta institusi kewangan kini melancarkan Portal Fraud Kebangsaan (National Fraud Portal, NFP) sebagai platform bersepadu bagi memperkukuh keupayaan operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

NFP mengautomasikan proses NSRC secara keseluruhan daripada pengendalian laporan penipuan sehingga kepada pengesanan dana yang dicuri. Platform ini membolehkan proses seperti berikut dilakukan:

  1. Pengesanan dan pemulihan dana secara automatik
  2. Perkongsian maklumat dan kerjasama industri yang lebih berkesan
  3. Penilaian akaun keldai berasaskan data

Seiring dengan NFP, industri kewangan turut memperkenalkan prosedur pelaporan dan pengendalian akaun keldai. Prosedur ini meningkatkan lagi kualiti data yang digunakan oleh industri melalui penyelarasan klasifikasi akaun keldai.

Gabenor Bank Negara Malaysia Dato’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata,

Menerusi NFP, operasi NSRC kini dilengkapi dengan keupayaan automasi menyeluruh atau end-to-end bagi menguruskan laporan penipuan, mengesahkan dan menjejak dana yang dicuri, serta membolehkan perkongsian amaran dalam kalangan institusi kewangan agar tindak balas pantas dapat diambil.

Dalam pada itu, pengguna dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti Facebook Amaran Scam (facebook.com/amaranpenipuan) atau laman sesawang #JanganKenaScam (jangankenascam.com) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penipuan kewangan.

Selain itu, mereka yang telah menjadi mangsa penipuan kewangan perlu menghubungi institusi kewangan berkaitan atau NSRC melalui talian 997 dengan segera.

Berkaitan

  • Belanjawan 2024: Kerajaan Peruntuk RM20 Juta Untuk Banteras Jenayah Scam
  • BNM Dan MYSA Jalin Kerjasama, Guna Teknologi Angkasa Perkasa Pengurusan Ekosistem Kewangan
  • BNM Denda Maybank, CIMB Berikutan Gangguan Perkhidmatan Berpanjangan
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: Bank Negara Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY