Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MYSA BNM

BNM Dan MYSA Jalin Kerjasama, Guna Teknologi Angkasa Perkasa Pengurusan Ekosistem Kewangan

Diterbitkan Mei 13, 2024 ยท Dikemas kini Mei 13, 2024 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama strategik dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memanfaatkan penggunaan teknologi angkasa dalam tadbir urus BNM.

Kerjasama ini merupakan kesinambungan daripada kerjasama strategik yang telah dimulakan sejak tahun 2017 dan hasil kejayaan pembangunan sistem aplikasi GIS Bank Negara Malaysia (BNM Geospatial System).

Sistem aplikasi ini yang berteraskan teknologi geospatial angkasa dan teknologi-teknologi lain yang berkaitan, telah berjaya dibangunkan dan dioperasikan bagi tujuan pemantauan taburan pusat akses perkhidmatan kewangan di seluruh negara dengan lebih cekap dan berkesan.

MYSA BNM
Memorandum ini ditandatangani oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Encik Suhaimi bin Ali, Penolong Gabenor, BNM.

MYSA dalam satu kenyataan berkata, penggunaan teknologi angkasa dalam tadbir urus BNM ini antaranya dapat mengenal pasti kawasan yang tidak mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan.

Selain itu, teknologi ini juga dapat mengenal pasti kawasan yang perlu diberikan tumpuan bagi inisiatif Bank Bergerak di bawah program Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulih Ekonomi (PEMULIH) dan mengenal pasti aktiviti ekonomi sesebuah kawasan bagi tujuan menaik taraf rangkuman kewangan, membantu pihak bank komersial merancang strategi bagi membuka cawangan, melantik ejen, menempatkan mesin terminal layan diri (SST) serta analisa maklumat sesebuah kawasan sebelum diberikan kebenaran untuk membuka atau menutup cawangan bank.

Melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkasakan dan memperluaskan lagi fungsi sistem aplikasi berkenaan.

Ini termasuk modul tambahan yang akan dilaksanakan bagi penambahbaikan sistem aplikasi yang meliputi aspek pengurusan, perancangan dan pemantauan aset BNM selain akan diperluaskan
penggunaannya kepada bank-bank lain di seluruh Malaysia serta pihak- pihak lain yang berkepentingan menerusi seliaan BNM.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY