Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BNM Masukkan OctaFX Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

BNM Denda Maybank, CIMB Berikutan Gangguan Perkhidmatan Berpanjangan

Diterbitkan Ogos 14, 2024 oleh Amalina Athman

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) terhadap CIMB dan Maybank berikutan gangguan perkhidmatan berpanjangan, dengan masing-masing sebanyak RM760,000 dan RM4.32 juta.

Menurut BNM, ketidakpatuhan itu berdasarkan pada perenggan 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan perenggan 58(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dibaca bersama dengan perenggan 10.32 Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT).

Di bawah perenggan 10.32 Dokumen Dasar RMiT, BNM menyatakan institusi kewangan perlu memastikan sistem kritikal yang relevan direka bentuk dengan tahap ketersediaan yang tinggi, khususnya:

  • masa terhenti tidak terancang yang mempengaruhi antara muka (interface) pengguna secara terkumpul hendaklah tidak melebihi empat jam dalam tempoh 12 bulan secara berterusan (rolling basis); dan
  • masa terhenti maksimum yang boleh diterima (maximum tolerable downtime) selama 120 minit bagi setiap kejadian.

Dalam kes CIMB, pelanggan mengalami gangguan perkhidmatan berpanjangan pada 8 dan 9 April 2024. Ia menjejaskan saluran perbankan elektronik, Mesin Juruwang Automatik (ATM) serta kad debit dan kredit.

Antara 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024, aplikasi Regional Mobile Bank Platform (RMBP) dan MAE Maybank pula mengalami beberapa kali masa terhenti tidak dirancang yang menyebabkan gangguan berpanjangan terhadap beberapa perkhidmatan perbankan dengan pelanggan dan pihak lain yang berkenaan.

Tempoh gangguan bagi kedua-dua perkhidmatan perbankan itu telah melebihi paras ambang yang ditetapkan oleh BNM.

Bank Negara Malaysia imposed Administrative Monetary Penalties on Malayan Banking Berhad and Maybank Islamic Berhad, as well as CIMB Bank Berhad and CIMB Islamic Bank Berhad for prolonged service disruptions.
__

Bank Negara Malaysia mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran… pic.twitter.com/YHDMV52QvB

— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) August 14, 2024

BNM turut memaklumkan siasatan punca insiden itu mendapati kegagalan CIMB dan Maybank disebabkan kegagalan atau ketidakupayaan untuk melaksanakan langkah pemulihan gangguan sistem dengan segera. Seterusnya, ia memberikan kesan serius terhadap pelanggan dan pihak lain.

Ketika ini, kedua-duanya telah pun mengambil tindakan pemulihan sewajarnya untuk mengelakkan ketidakpatuhan pada masa akan datang. Maybank dan CIMB juga masing-masing telah membayar AMP yang dikenakan oleh BNM pada 8 dan 12 Ogos 2024.

Berkaitan

  • Gangguan Perkhidmatan Dua Bank, BNM Minta Penjelasan
  • BNM Boleh Kenakan Penalti Bagi Gangguan Perkhidmatan Dalam Talian Bank - Timbalan Menteri
  • Beberapa Perkhidmatan Di Aplikasi CIMB Clicks Akan Ditamatkan Secara Berfasa Mulai Ogos
  • Aplikasi Maybank2u Tidak Lagi Boleh Diakses Bermula 28 Ogos

Sumber: Bank Negara Malaysia (1, 2)

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY