Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Belanjawan 2024: Kerajaan Peruntuk RM20 Juta Untuk Banteras Jenayah Scam

Belanjawan 2024: Kerajaan Peruntuk RM20 Juta Untuk Banteras Jenayah Scam

Diterbitkan Oktober 13, 2023 · Dikemas kini Oktober 13, 2023 oleh Amalina Athman

Menerusi pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar mengumumkan sejumlah peruntukan. Antaranya termasuk mengenai isu scam atau penipuan.

Berkaitan

  • Sektor Telekomunikasi Dikecualikan Dari Cadangan Kenaikan Cukai Perkhidmatan

Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah mengendali lebih 49,000 panggilan dan berjaya membeku sehingga RM60 juta transaksi.

Lanjutan itu, kerajaan akan menambah peruntukan NSRC sebanyak RM20 juta, berbanding RM10 juta sekarang bagi membanteras jenayah scam.

Belanjawan 2024: Kerajaan Peruntuk RM20 Juta Untuk Banteras Jenayah Scam

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama sektor kewangan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) dengan kebolehan automasi penjejakan dana, yang boleh mempercepat tempoh pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana. Ia dijangka siap pada 2024.

Selain itu, kerajaan juga meneliti keperluan meminda undang-undang termasuk kanun tatacara jenayah bagi membolehkan tindakan yang lebih berkesan diambil terhadap sindiket dan pemegang akaun keldai. Seterusnya mempercepat proses pemulangan wang kepada mangsa scam.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY