Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan Bazirkan Sumber Tenaga AI

Jangan Bazirkan Sumber Tenaga AI

Diterbitkan September 5, 2025 · Dikemas kini November 14, 2025 oleh ariff bukhari

Kecerdasan buatan (AI) kini bukan lagi sekadar teknologi masa depan. Ia telah menjadi nadi utama dalam ekonomi global, pendidikan, perniagaan, kesihatan, malah kehidupan harian kita.

Namun, di sebalik keghairahan membangunkan sistem AI yang lebih pintar, lebih pantas dan lebih kompleks, ada satu isu besar yang sering terlepas pandang, penggunaan tenaga yang semakin membebankan.

Ketika ramai melihat AI sebagai simbol kemajuan, realitinya setiap model bahasa besar dan setiap algoritma pembelajaran mesin memerlukan tenaga yang sangat tinggi untuk beroperasi.

Jangan Bazirkan Sumber Tenaga AI Dengan Perkara Remeh

AI kini menjadi teknologi penting dalam pelbagai aspek kehidupan, daripada perubatan, pendidikan, hingga ekonomi digital.

Namun, ada satu isu yang sering dipandang ringan iaitu pembaziran sumber tenaga apabila AI digunakan untuk perkara remeh atau “soalan merapu”.

Sedarkah bahawa, setiap kali kita berinteraksi dengan AI, ada kos tenaga besar di belakang tabirnya.

Model AI berskala besar bergantung pada pusat data dengan puluhan ribu GPU dan perkakasan yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi.

Maka, apabila AI digunakan sekadar untuk hiburan tidak bermanfaat, ia bukan sahaja membazirkan tenaga dan kos, malah mengurangkan peluang teknologi ini dimanfaatkan bagi tujuan lebih penting.

Oleh sebab itulah, kesedaran dan tanggungjawab dari pihak pengguna sendiri juga memainkan peranan dalam melestarikan pusat data.

Jangan Bazirkan Sumber Tenaga AI
Sumber penjanaan elektrik global untuk pusat data, dari 2020-2035. Sumber: IEA

Menggunakan AI untuk tugasan yang benar-benar perlu, dan bukannya untuk tujuan remeh, dapat mengurangkan beban tenaga secara keseluruhan.

Proses melatih model AI memerlukan pusat data yang dipenuhi dengan ribuan GPU berprestasi tinggi.

Contohnya, untuk melatih model bahasa besar (LLM), penggunaan elektriknya boleh mencecah sehingga berjuta kilowatt-jam, bersamaan dengan bekalan elektrik untuk ribuan rumah dalam tempoh sebulan.

https://x.com/grok/status/1932582220461678734

Setiap kali pengguna membuat carian berasaskan AI, menghasilkan imej generatif, atau berbual dengan chatbot, kuasa pengkomputeran besar dikerahkan di belakang tabir.

Jika jutaan pengguna melakukan hal sama serentak, penggunaan tenaga bagi AI pastinya akan melonjak mendadak.

Penggunaan Elektrik Meningkat

Laporan terbaru oleh IEA menunjukkan pelaburan dalam perkakasan AI meliputi GPU, TPU dan infrastruktur pengkomputeran lain meningkat dengan mendadak bagi menampung permintaan global.

Ekroan itu, penggunaan elektrik oleh pusat data moden turut meningkat dengan dianggarkan sekitar 415 terawatt jam (TWh) tenaga digunakan pada 2024, ia bersamaan kira-kira 1.5% daripada penggunaan elektrik dunia.

Malah, dalam lima tahun terakhir ini, kadar pertumbuhannya mencecah pada kadar 12% setahun.

Kebangkitan AI mempercepatkan penggunaan pelayan berprestasi tinggi (accelerated servers), yang meningkatkan keperluan tenaga di pusat data kerana kepadatan kuasa semakin tinggi.

Ini menunjukkan bahawa kebergantungan tenaga untuk AI sedang bergerak ke tahap yang membimbangkan.

Jangan Bazirkan Sumber Tenaga AI
Perkongsian penggunaan elektrik mengikut jenis pusat data dan peralatan, 2024. Sumber: IEA

Keberkesanan AI ditentukan Anda

Jika AI hanya dilihat sebagai alat hiburan, potensinya akan terbazir. Tetapi jika dijadikan penyelesai masalah, ia mampu menjadi pemacu kemajuan masyarakat.

Akhirnya, keberkesanan AI ditentukan oleh pengguna itu sendiri, bagaimana kita menggunanya.

Di sinilah pentingnya kita berfikir semula, bagaimana memastikan AI berkembang tanpa membazirkan sumber tenaga.

Masa depan AI akan banyak bergantung pada bagaimana kita mengurus sumber tenaganya.

Namun, tidak ada gunanya jika pelbagai strategi dirangka bagi mengurangkan pembaziran tenaga jika AI disalah guna.

Jangan bazirkan sumber tenaga AI. Gunakan teknologi ini untuk manfaat bersama.

Kita perlu mendidik masyarakat agar menggunakan AI dengan berhemah kerana kemajuan teknologi hanya bermakna jika ia seiring dengan kebijaksanaan pengguna memanfaatkannya ke arah kebaikan.

Maka, janganlah bazirkan sumber tenaga AI demi masa depan kita semua.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Jurutera Bunyi Dah Buat Kerja, Sepatutnya Tak Perlu Ubah EQ
  • Proton Rasmi Kilang EV Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY