Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pokémon Winds and Waves

Pokémon Winds And Waves Mungkin Ambil Inspirasi Asia Tenggara, Termasuk Malaysia

Diterbitkan Mac 3, 2026 oleh Amsyar Latif

Permainan Pokémon generasi baharu yang dikenali sebagai Pokémon Winds and Waves dilaporkan akan menampilkan region yang diinspirasikan oleh kawasan Asia Tenggara.

Menurut laporan oleh IGN, rantau dalam permainan tersebut mengambil inspirasi daripada beberapa negara di rantau ini termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor‑Leste.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi, dunia permainan itu akan dibina berasaskan konsep kepulauan tropika, selari dengan geografi Asia Tenggara yang mempunyai ribuan pulau serta persekitaran laut yang luas. Tema “Winds” dan “Waves” juga memberi bayangan bahawa penerokaan laut serta perjalanan antara pulau mungkin menjadi elemen penting dalam gameplay.

Ini bermakna pemain berpotensi meneroka kawasan berbeza seperti pulau, bandar pesisir pantai serta kawasan laut dan bawah air, sesuatu yang jarang diterokai secara mendalam dalam siri Pokémon sebelum ini.

Permainan tersebut dibangunkan oleh Game Freak dan dijangka menjadi generasi ke-10 dalam siri permainan Pokémon utama. Ia juga akan dilancarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch 2.

Jika benar inspirasi Asia Tenggara digunakan secara menyeluruh, ini akan menjadi kali pertama rantau ini dijadikan asas kepada region dalam permainan Pokémon.

Bagi pemain di Malaysia, perkara ini tentunya menarik kerana kemungkinan elemen budaya, landskap tropika serta inspirasi tempatan dari rantau ini akan muncul dalam dunia Pokémon generasi baharu tersebut.

Buat masa ini, Pokémon Winds and Waves disahkan bakal dilancarkan pada tahun 2027.

Berkaitan

  • Aplikasi Nintendo Store Kini Diperluas Ke Lebih Banyak Negara
  • Nintendo eShop Kini Tersedia Di Malaysia - Keahlian Switch Online Bermula RM13
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY