Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Store_1

Aplikasi Nintendo Store Kini Diperluas Ke Lebih Banyak Negara

Diterbitkan November 6, 2025 oleh Amalina Athman

Lima tahun selepas diperkenalkan secara eksklusif di Jepun sebagai aplikasi “My Nintendo”, syarikat itu kini melancarkan aplikasi rasmi Nintendo Store untuk pengguna Android dan iOS di lebih banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan kebanyakan negara di Eropah.

Melalui aplikasi Nintendo Store, pengguna boleh melayari serta membeli konsol Switch 2 dan Switch, aksesori perkakasan, permainan fizikal dan digital, serta pelbagai barangan rasmi Nintendo yang lain. Sekiranya ingin meneruskan pembelian, pengguna akan diarahkan ke laman web rasmi Nintendo.

Seperti dilaporkan The Verge, beberapa ciri dalam aplikasi ini memerlukan log masuk ke akaun Nintendo, termasuk fungsi untuk menyemak aktiviti permainan terdahulu yang memaparkan permainan yang dimainkan, tarikh serta tempoh masa permainan.

Data ini merangkumi konsol Switch dan Switch 2, serta Nintendo 3DS dan Wii U, dengan dua yang terakhir disimpan sehingga Februari 2020.

Di Malaysia, Nintendo sebelum ini mengumumkan bahawa perkhidmatan Nintendo eShop dan Nintendo Switch Online akan mula ditawarkan pada 18 November.

Namun buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada aplikasi Nintendo Store juga akan diperkenalkan dalam masa terdekat atau sebaliknya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Hampir 6 Juta Terjual, Switch 2 Berpotensi Jadi Konsol Terlaris Dalam Sejarah Nintendo
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Nintendo eShop, Switch Online Akan Tiba Di Malaysia 18 November Ini
  • Momentum Switch 2 Dorong Saham Nintendo Naik Lebih 10%

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY