Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO C71_Gold_handheld(2)

POCO C71, Telefon Bajet Baharu – Harga Serendah RM269

Diterbitkan April 24, 2025 · Dikemas kini April 24, 2025 oleh ariff bukhari

POCO hari ini baru sahaja melancarkan POCO C71 untuk pasaran tempatan.

Ia merupakan telefon pintar peringkat permulaan hadir dalam reka bentuk bergaya, dan pengalaman pengguna menyeluruh pada harga mampu milik.

Menyasarkan pengguna yang mahukan sebuah peranti bajet tapi pada masa yang sama cukup berprestasi, POCO C71 hadir dengan ciri-ciri andalan.

POCO C71_CPU

Dikuasakan cip UNISOC T7250 8-teras, prestasinya boleh meningkat sehingga 83% berbanding model terdahulu, dengan skor AnTuTu mencapaui 266,353 mata.

Ia juga dilengkapi paparan 6.88” HD+ dengan nisbah aspek 20.5:9, kadar segar setinggi 120Hz yang menerima  sijil TÜV Rheinland untuk perlindungan mata.

POCO C71-Gold-Back

Untuk spesifikasi kamera pula, POCO C71 dilengkapi dengan sistem kamera dwi AI 32MP yang berupaya merakam imej jelas walaupun dalam keadaan malap, serta  kamera swafoto 8MP dengan fungsi Fill Light.

Untuk bateri pula, ia dimuatkan dengan berkapasiti 5,200mAh, dengan pengecasan  15W.

Selain itu, ia turut menyokong ciri pengesan cap jari sisi, nyahkunci biometrik wajah AI, dan bicu fon kepala.

POCO C71_Gold_Charging
POCO C71 hadir dalam reka bentuk premium dan tiga pilihan warna – Hitam, Emas, dan Biru.

POCO C71 ditawarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu varian 3GB+64GB dan 4GB+128GB yang masing-masing berharga RM299 dan RM399.

Tapi untuk pembelian awal sempena pelancarannya, POCO C71 boleh didapati pada harga serendah RM269 untuk masa terhad.

POCO C71 Price KV

POCO C71 sudah pun tersedia di Malaysia di stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmo2lk
  • Lazada – https://invl.me/clmo2lm

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Redmi A5 Tiba Di Malaysia, Telefon Bajet Terbaru Serendah RM299
  • Telefon Pertama Dengan Bau Wangi? Infinix NOTE 50X & 50S 5G Kini Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY