Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO F7_featured image

POCO F7 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 8s Gen 4, Harga Bermula RM1599

Diterbitkan Jun 24, 2025 · Dikemas kini Jun 24, 2025 oleh Amalina Athman

POCO hari ini melancarkan peranti terbaharu mereka, POCO F7 untuk pasaran global.

Menyentuh spesifikasi, POCO F7 dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1.5K, sokongan kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 3,200 nit.

Peranti ini turut mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP68 serta menerima pensijilan TÜV Rheinland.

POCO F7 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 8s Gen 4, Harga Bermula RM1599

Ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8s Gen 4 dengan konfigurasi memori 12GB RAM LPDDR5x dan storan sehingga 512GB berasaskan UFS 4.1.

Dari segi fotografi, POCO F7 menampilkan kamera utama 50MP Sony IMX882 dengan OIS dan 8MP ultra lebar. Kamera hadapan dimuatkan dengan sensor 20MP.

POCO F7_0

Peranti ini turut disertakan bateri 6,500mAh bersama sokongan pengecasan 90W dan pengecasan berbalik 22.5W.

Bagi memastikan prestasi peranti kekal stabil, POCO F7 hadir dengan sistem penyejukan 3D Dual-Channel IceLoop bersaiz 6000mm², yang merupakan sistem terbesar pernah digunakan dalam barisan produk POCO setakat ini.

POCO F7_1

Lain-lain termasuk sokongan NFC, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, Wet Touch Display 2.0 serta menjalankan Xiaomi HyperOS 2.

POCO F7_4
POCO F7_3
POCO F7_2

Tiga pilihan warna tersedia iaitu Black, White serta edisi khas Cyber Silver yang menampilkan logo Snapdragon di bahagian belakang.

Harga dan ketersediaan

POCO F7 kini boleh didapati melalui mi.com serta kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada. Untuk pasaran tempatan, varian 12GB RAM/256GB dijual pada harga RM1,799, manakala varian 12GB RAM/512GB ditawarkan pada harga RM1,999.

POCO F7 KV

Sepanjang tempoh promosi sehingga 9 Julai 2025, kedua-dua varian ini boleh didapati pada harga lebih rendah iaitu RM1,599 untuk storan 256GB dan RM1,699 untuk 512GB.

Berkaitan

  • POCO C71, Telefon Bajet Baharu - Harga Serendah RM269
  • Xiaomi Perkenal Cip XRING O1 - 3nm, 10 Teras CPU, 16 Teras GPU
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Siri OPPO Reno14 Akan Dilancar 1 Julai - Prapesan Kini Dibuka

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY