Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO M7_

POCO M7 Dilancarkan – Bateri Besar, Harga Bermula RM469

Diterbitkan Ogos 15, 2025 · Dikemas kini Ogos 15, 2025 oleh Amalina Athman

POCO hari ini melancarkan peranti terbaharu dalam siri M, iaitu POCO M7.

Menyentuh spesifikasi, POCO M7 dilengkapi paparan berukuran 6.9-inci dengan resolusi FHD+, kadar sedar semula adaptif sehingga 144Hz serta maksimum kecerahan 700nits.

POCO M7_3
POCO M7_4

Peranti ini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 685 bersama konfigurasi memori sehingga 8GB RAM LPDDR4x dan 256GB storan berasaskan UFS 2.2 yang menyokong storan tambahan sehingga 2TB.

Untuk fotografi, POCO M7 dilengkapi sistem dwi kamera belakang 50MP serta 8MP kamera swafoto. Antara ciri tambahan yang disertakan termasuk Auto Night Mode, Selfie Beauty Mode dan Dynamic Shots.

POCO M7_2

Pada bahagian dalam, peranti ini diisi kapasiti bateri 7,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 33W dan pengecasan berbalik 18W.

Menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS 2, POCO M7 turut dilengkapi ciri AI seperti pembantu AI Google Gemini, ciri Circle to Search dan sebagainya. Lain-lain termasuk sokongan Bluetooth 5.0 serta penarafan IP64.

Ketersediaan

POCO M7 Available Now_1200x1200

POCO M7 kini tersedia di Malaysia melalui mi.com serta kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Silver, Blue dan Black, dengan dua varian storan:

  • 6GB + 128GB –   ̶R̶M̶4̶9̶9̶ ̶  RM469
  • 8GB + 256GB – ̶R̶M̶5̶9̶9̶ ̶  RM559 

Berkaitan

  • POCO M7 Pro 5G Hadir Dengan Cip Dimensity 7025-Ultra, Harga Bawah RM1000
  • POCO C71, Telefon Bajet Baharu - Harga Serendah RM269
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • POCO F7 Kini Rasmi - Cip Snapdragon 8s Gen 4, Harga Bermula RM1599

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY