PlayStation Tidak Akan Sertai E3 Pada Tahun Ini

Tahun kedua Sony tidak menyertai E3


Pada tahun ini, sekali lagi Sony tidak menyertai E3, hanya beberapa bulan sebelum ia merancang untuk melancarkan PlayStation 5. Ia merupakan tahun kedua berturut-turut Sony tidak menyertai persidangan permainan video terbesar ini.

E3, singkatan bagi Electronic Entertainment Expo, adalah acara tahunan yang diadakan pada Jun di Los Angeles, dan secara tradisinya Microsoft dan Sony akan mendedahkan butiran baru tentang perisian dan perkakasan akan datang.

E3 tidak sesuai dengan perancangan tahun ini


Menurut Sony, mereka tidak merasakan acara tersebut sesuai dengan apa yang telah dirancang pada tahun ini. Sebaliknya, ia akan menyertai beratus-ratus acara pengguna untuk mempamerkan permainan akan datang bagi PS4 dan PS5.

Tidak dapat dipastikan sama ada Sony merancang satu acara khas bagi pelancaran PS5. Microsoft pula memutuskan untuk mempamerkan Xbox Series X semasa Game Awards pada bulan lalu, dan mungkin merancang untuk mendedahkan lebih banyak maklumat semasa acara E3 nanti.

Playstation PS5

Sony melepaskan sedikit maklumat mengenai PS5, dengan maklumat terbesar yang diperolehi setakat ini adalah perkongsian logo PS5 di CES 2020. Konsol tersebut akan mempunyai keupayaan memainkan permainan terdahulu, menyokong grafik 8K serta ray tracing.

PlayStation telah menggunakan acara E3 sebagai tempat untuk memperkenalkan butiran konsol seterusnya sejak dari awal, dan menyertai E3 kali pertama pada 1995 untuk memperincikan pelancaran PlayStation. Kejayaan syarikat tersebut di E3 2013 dilihat sebagai detik penting dalam pembangunan PS4, yang memulihkan kembali pasaran Sony dari Xbox.

Dalam satu kenyataan, menurut Electronic Software Association (ESA), yang menjadi tuan rumah E3, ia yakin acara pada tahun ini akan menjadi lebih menarik.

Sumber: The Verge, gamesindustry