Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sony Perkenal Xperia Pro Dengan Harga Melebihi RM10,000

Posted on Januari 27, 2021Januari 27, 2021

Pada Februari tahun lalu, Sony telah mengumumkan Xperia Pro menerusi acara pelancaran Xperia 1 II. Ketika itu, ia masih dalam fasa pembangunan dan dimaklumkan peranti ini direka khusus untuk golongan profesional.

Xperia Pro

Terbaru, Sony kini telah melancarkan Xperia Pro pada tanda harga $2,499.99 iaitu sekitar RM10,111. Bagaimanapun, ia hanya ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Xperia Pro

Menyentuh spesifikasi, peranti ini merupakan versi naik taraf daripada Xperia 1 II. Ia dilengkapi sokongan mmWave dan Sub-6 serta port micro-HDMI yang membolehkannya digunakan sebagai monitor tambahan bagi kamera Sony Alpha.

Xperia Pro

Antara lainnya adalah sama sahaja seperti Xperia 1 II, di mana peranti ini hadir dengan paparan skrin 6.5-inci 4K HDR OLED dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 6, cip pemproses Snapdragon 865, tetapan lensa 12MP+12MP+12MP dengan sensor 3D iToF serta bateri berkapasiti 4000mAh. 

Dari segi memori, Xperia Pro dimuatkan dengan 12GB RAM dan 512GB storan serta menyokong penambahan storan sehingga 1TB melalui slot kad microSD. Lain-lain sokongan termasuk penarafan kalis air IP65/68, Bluetooth 5.1 dan sebagainya.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress