Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Mendedahkan Logo Rasmi PS5, Sah Akan Dipasarkan Tahun Ini

Sony Mendedahkan Logo Rasmi PS5, Sah Akan Dipasarkan Tahun Ini

Diterbitkan Januari 7, 2020 ยท Dikemas kini Januari 7, 2020 oleh ariff bukhari

Hanya logo, rupa konsol PS5 masih tidak didedahkan.

Di acara ringkas khas Sony yang berlangsung hari ini di CES 2020, Presiden dan CEO PlayStation Jim Ryan mendedahkan secara rasminya rekaan logo yang akan digunakan pada konsol permainan terbaru mereka nanti iaitu PlayStation 5 (PS5)

Sony Mendedahkan Logo Rasmi PS5, Sah Akan Dipasarkan Tahun Ini
Rekaan logo PS5 tiada banyak beza dengan logo bagi model konsol sebelumnya iaitu PS3 dan PS4.

Malah Sony juga turut mengesahkan bahawa konsol permainan terbaru mereka itu akan mula dipasarkan pada tahun ini juga. (Mungkin antara bulan Oktober hingga Disember tahun ini. Tiada tarikh tepat dinyatakan).

Selain itu, Sony juga mendedahkan serba sedikit ciri utama konsol permainan tersebut seperti sokongan audio 3D, paparan Ultra HD dan penggunaan storan pantas SSD.

PS5 spec

Berbalik kepada logo PS5, bagaimana dengan para peminat tegar konsol Sony? Adakah anda suka dengan rekaan logo tersebut?

PS logo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY