
Kini, laman Sony Malaysia mengesahkan pra tempahan Mark II telah dibuka selama sebulan bermula hari ini sehingga 19 November 2020. Setiap pra tempahan peranti ini akan menerima pelindung skrin, sarung pelindung dan fon telinga WF-1000XM3 Wireless Noise Cancelling bernilai RM949 secara percuma.

Imbas kembali, antara ciri yang dimuatkan pada Mark II adalah skrin 4K HDR OLED bersaiz 6.5 inci, janaan cip Snapdragon 875, RAM 8GB dan 256GB storan serta slot kad microSD yang menyokong penambahan storan sehingga 1TB.
Bagi kamera, ia dilengkapi tetapan tiga lensa 12MP dengan sensor 3D iToF. Setiap lensa tersebut mempunyai lapisan anti-pantulan ZEISS dan ZEISS T*. Peranti ini hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Purple, White dan Black.
Pada masa ini, Sony menyatakan penghantaran Xperia 1 II akan bermula November. Namun, tarikh rasmi penghantaran hanya akan dimaklumkan kemudian.
Layari laman Sony Malaysia untuk membuat pra tempahan Sony Xperia 1 II.
Berkaitan
- realme 6i Dijual Dengan Potongan Harga RM100 Pada Hari Ini Sahaja
- iOS 16.0.3 Sedia Untuk Dikemas Kini Bagi Pembetulan Pepijat Dan Keselamatan
- YouTube Gaming Kini Mempunyai 40 Juta Saluran Aktif Dengan Lebih 100 Bilion Jam Tontonan Pada 2020
- Siri Xiaomi 13 Dilancarkan - Cip Snapdragon 8 Gen 2 Dengan Kamera Leica
- Shopee Perkenal Pengembalian Percuma Dengan Poslaju Dan J&T Express Bermula 18 Januari 2021
- 31,092 Kad Sim Terjual Dalam Tempoh Sebulan Pelancaran Pakej Perpaduan - Fahmi
- Rekaan Dan Spesifikasi Mi 10T Pro Didedahkan, Paparan 144Hz Dan Kamera 108MP
- Digi Umum Akses 5G Bermula 10 November, Ini Senarai Pelan Yang Menyokongnya
- Nothing Perlihatkan Rekaan Fon Telinga Concept 1
- Apple Sahkan Pepijat 'Kad Sim Tidak Disokong' Pada iPhone 14