Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Dilapor Akan Hentikan Penggunaan Plastik Untuk Kotak Bungkusan

Sony Dilapor Akan Hentikan Penggunaan Plastik Untuk Kotak Bungkusan

Diterbitkan November 8, 2022 oleh Amalina Athman

Sony kini dilapor akan menghentikan penggunaan plastik dalam pembungkusannya mulai tahun depan, sebagai peralihan syarikat ke arah penggunaan bahan yang lebih lestari.

Menurut Nikkei Asia, syarikat itu akan bermula dengan produk yang lebih kecil dengan berat tidak melebihi 1 kilogram, seperti telefon pintar, kamera dan aksesori audio, pada fiskal 2023. Ini meliputi anggaran 40% daripada produk yang dihantar oleh Sony pada tahun fiskal 2021.

Bagi tujuan itu, Sony akan memperoleh kotak kertas daripada sumber luar dan membangunkan bahan pembungkusan baharu secara dalaman daripada sumber seperti buluh dan gentian tebu.

Sony Dilapor Akan Hentikan Penggunaan Plastik Untuk Kotak Bungkusan

Untuk bungkusan produk yang lebih besar seperti televisyen, belum ditentukan bila penggunaan plastik akan dihentikan. Walaupun pembungkusan TV akan terus bergantung pada foam polisterin, Sony dikhabarkan akan mencari jalan untuk menggunakan teknologi baharu yang boleh menghasilkan foam daripada serbuk kertas kitar semula.

Berkaitan

  • Sony Mungkin Perkenal Xperia Pro Dengan Sensor Kamera IMX903
  • Sony Berhasrat Kembalikan Semula Siri Xperia 'Gaming'
  • Sony Dan Honda Sasar Jualan Kereta Elektrik Pada 2026
  • Sony LinkBuds S Hadir Dengan Warna Baharu, Dicipta Menggunakan Bahan Kitar Semula

Ketika ini, beberapa jenama elektronik terbesar dunia juga sudah mula mengurangkan pembungkusan plastik, yang mana antaranya termasuk Apple, HP dan lain-lain.

Di Jepun, undang-undang yang berkuat kuasa pada April menggalakkan syarikat untuk kurang bergantung pada plastik sekali guna (single-use). Rangkaian kedai serbaneka FamilyMart dan McDonald’s Jepun adalah antara syarikat yang menyatakan mereka akan berhenti menyediakan peralatan plastik.

Sementara itu, Sony merupakan antara syarikat elektronik terbesar di Jepun yang pertama bergerak ke arah menghapuskan plastik dalam pembungkusan.

Gambar utama: Sony

Sumber: Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY